Tuesday 9 June 2009

Gotong-Royong Membuat Kuih

Pada 3 Jun 2009 (Selasa) yang lalu aktiviti gotong-royong membuat kuih telah diadakan bermula seawal jam 9.30 pagi bertempat di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral. Gotong-royong ini diadakan berikutan pada 6 Jun 2009 (Sabtu) adalah Majlis Hari Keputeraan SPB Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Oleh itu, ahli-ahli PERWAKILAN telah membuat karipap pusing dan kuih kacang sebagai juadah pada hari tersebut. Kuih-kuih ini dipilih kerana ia sangat digemari ramai di samping boleh disejukbekukan.

Demonstrasi Masakan

Pada 25 Mei 2009 yang lalu AJK Masakan PERWAKILAN telah mengadakan demonstrasi masakan. Aktiviti tersebut telah diadakan di kediaman Puan Sarinah Ali (AJK Masakan) di Friedrichsdorf. Demonstrasi telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan dihadiri oleh sebahagian besar ahli-ahli.


Demonstrator masakan pada hari tersebut ialah Puan Dhamayanthy atau lebih dikenali dengan panggilan Puan Selvi. Puan Selvi telah sudi menunjukkan demo bagi tiga (3) jenis masakan iaitu Capati, Orange Zitrone Cake dan Banana Muffin.