Thursday 29 October 2009

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2009

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya hari kemenangan pun tiba. Bagi seluruh umat Islam di bumi Jerman ini Syawal 1430H telah ditetapkan jatuh pada 19 September 2009 iaitu hari Sabtu dan awal satu hari dari Malaysia.


Bagi meraikan kesyukuran sebagai umat Islam, solat sunat Aidilfitri telah diadakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt yang beralamat di Level 18, Kastor Building, Platz der Einheit 1. Memandangkan ruang yang minima untuk menampung bilangan saf, maka pihak Konsulat Jeneral telah bersetuju untuk menghadkan kehadiran rakyat Malaysia pada hari itu.

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa

Bagi menambah keberkatan bulan Ramadhan 1430H, ahli-ahli PERWAKILAN telah mengadakan Kelas Tadarus Al-Quran. Majlis Tadarus Al-Quran itu telah berjaya dijalankan pada 27 Ogos, 3 dan 7 September 2009 yang lalu bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di kediaman Pengerusi PERWAKILAN.