Saturday 24 July 2010

Morning Coffee ~ Pn. Norsyika Diana Che Othman

Semalam Jumaat, 23 Julai 2010 satu lagi morning coffee telah diadakan. Kali ini giliran Puan Norsyika Diana Che Othman menjadi tuan rumah. Bertempat di Oberursel, hampir semua ahli PERWAKILAN telah hadir beserta beberapa tetamu jemputan yang lain daripada Malaysian Club Deutschland (MCD) dan locally recruited staff.

Semasa majlis ini juga diadakan Majlis Perpisahan PERWAKILAN Frankfurt untuk Puan Rahimah Mohd. Beliau dan keluarga akan kembali ke Malaysia pada hujung bulan ini. Sudah pasti kami akan merindui masakan dan kuih-muih beliau yang sedap-sedap itu. Untuk Puan Rahimah, 'Selamat Maju Jaya' daripada kami.. harap-harap kita dapat berjumpa di kesempatan lain pula..

Morning coffee seperti tidak lengkap tanpa acara makan-makan. Kali ini 
mee hailam dan kuih karipap menjadi pilihan sebagai hidangan utama oleh tuan rumah. Para tetamu juga berbesar hati membawa berbagai-bagai juadah untuk dinikmati bersama. Antaranya nasi lemak, kuew teow goreng, nasi goreng, roti canai, cheese kek dan beberapa jenis kuih-muih yang sungguh menyelerakan seperti cucur badak dan pulut inti. Kepada tuan rumah diucapkan terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah kami lagi..

Di sekitar morning coffee semalam..

Inilah antara ahli PERWAKILAN dan tetamu-tetamu lain yang hadir..

Sempat beramah-mesra sebelum menjamu selera

Antara hidangan yang sempat dirakam pada hari tersebut

Menjamu selera di dalam rumah

Menjamu selera di luar rumah