Thursday 5 August 2010

Jalan-jalan Cari Makan ~ Japanese Food

Jalan-jalan Cari Makan merupakan aktiviti terbaru PERWAKILAN yang telah dijalankan semalam Rabu, 4 Ogos 2010. Dicadangkan oleh Puan Pengerusi PERWAKILAN, ia merupakan aktiviti terakhir ahli PERWAKILAN bersama beliau sebelum beliau berlepas ke New York pada Jumaat 6 Ogos 2010 kerana mengikuti suami bertugas di sana. PERWAKILAN telah makan tengahari (sushi buffet) bersama-sama di Buffet Restaurant (Yan Jin GmbH), Frankfurt. Sushi yang dihidangkan amat menyelerakan sekali, tidak rugi kalau ingin datang lagi!



Antara yang hadir di Buffet Restaurant (Yan Jin GmbH), Frankfurt

Bersama Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud menikmati keenakan hidangan sushi