Saturday 3 July 2010

Terima Kasih Puan..

Sepanjang jalan kenangan, kita selalu berganding tangan..
Sepanjang jalan kenangan, kita selalu bermesra..


Memories last forever, never do they die..
Friends stay together, never say goodbye..


Seindah susunan kata-kata, indah lagi persahabatan yang tercipta. Puan Khadijah Mahmud atau lebih mesra dipanggil Puan Khaty adalah merupakan Pengerusi pertama PERWAKILAN yang telah ditubuhkan pada tahun 2007 di mana ahlinya terdiri daripada 4 orang sahaja pada ketika itu. Setelah agensi-agensi lain bergabung dengan Kosulat pada akhir tahun 2008, bilangan ahli PERWAKILAN telah bertambah dan beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan di antaranya AJK(Ahli Jawatankuasa) Masakan, AJK Sukan, AJK Sosial Dan Kebudayaan dan AJK Agama Dan Kebajikan.

Sepanjang penubuhan PERWAKILAN Frankfurt, Puan Khaty telah memainkan peranan yang penting dan aktif untuk memastikan ahli-ahli turut aktif di dalam semua aktiviti. Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan bersama-sama ahli-ahlinya ialah:

1. Demontrasi Masakan di rumah ahli-ahli
2. Aktiviti Riadah seperti bowling dan senamrobik Poco-poco
3. Kelas Al Quran dan Kelas Matematik untuk anak-anak PERWAKILAN
4. Kelas Tadarus pada bulan Ramadhan

PERWAKILAN juga terlibat di dalam membantu Konsulat menyediakan masakan sempena majlis-majlis berikut:

1. Majlis Sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Agong
2. Sambutan Hari Kemerdekaan
3. Sambutan Maulidur Rasul
4. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Puan Khaty seorang yang periang, senang didekati ahli-ahli dan sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada ahli-ahli di dalam sesuatu aktiviti. Tidak lokek berkongsi ilmu, beliau juga aktif bersukan, di mana di antara sukan yang sering diadakan di antara ahli-ahli PERWAKILAN ialah bowling dan badminton. Beliau menjadi pendorong dan sentiasa memberi semangat kepada ahli-ahli untuk bersama di dalam Karnival Sukan Di Antara Berlin-Frankfurt baik di Frankfurt maupun di Berlin pada April lalu, di mana pasukan kita telah menang dan mendapat kembali Piala Pusingan daripada pasukan Berlin.

PERWAKILAN Frankfurt akan merasa kehilangan beliau. Kami berdoa agar Puan Khaty dan keluarga selamat maju jaya dan sentiasa dimurahkan rezeki. Di kesempatan ini juga, kami memohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan sekiranya ada dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Khaty selaku Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt di atas segala jasa beliau kepada PERWAKILAN ini dan negara. Terima kasih puan...