Sunday 29 August 2010

Majlis Buka Puasa 2010

Semalam, Sabtu 28 Ogos 2010, satu majlis berbuka puasa beramai-ramai telah diadakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Selain dihadiri oleh ahli keluarga PERWAKILAN Frankfurt, ia juga dihadiri oleh warga kerja Konsulat Frankfurt lain yang beragama Islam sebagai tetamu jemputan. Majlis yang bermula dengan tazkirah Ramadhan pada jam 7:30 malam ini, berhenti pada jam 8:15 malam untuk berbuka puasa dan solat magrib berjemaah.



Seperti kebiasaan, jamuan pada kali ini juga diadakan secara potluck oleh PERWAKILAN Frankfurt untuk semua yang hadir.

Inilah antara foto pilihan yang sempat dirakam pada hari tersebut..

Khusyuk mendengar tazkirah Ramadhan menantikan waktu berbuka

Antara ahli keluarga PERWAKILAN Frankfurt yang hadir mendengar tazkirah Ramadhan

Suasana berbuka puasa

Menikmati hidangan sebelum solat magrib berjemaah

Ahli PERWAKILAN Frankfurt dan tetamu bergambar kenangan

Turut hadir ahli PERWAKILAN Frankfurt, Puan Peteri Azizah Megat Ahmad Zamil dan Puan Emelia Fantoza Saraih

Antara ahli PERWAKILAN Frankfurt yang hadir

Antara tetamu yang hadir

Antara kuih-muih untuk berbuka

Pelbagai hidangan utama

Ulaman-ulaman, kerabu dan sambal telur