Friday 9 July 2010

Majlis Perpisahan CG Dan Pelancaran Buku Koleksi Resipi

Khamis, 8 Julai 2010 jam 7:00 malam mencipta sejarah di mana Majlis Perpisahan Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt dan Pelancaran Buku Koleksi Resepi PERWAKILAN Frankfurt telah diadakan serentak di Bilik Serbaguna Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Encik Saiful Azam Abdullah akan berangkat ke New York pada 6 Ogos 2010 bersama keluarga untuk meneruskan kerjaya beliau di sana setelah berkhidmat di Frankfurt selama tiga tahun setengah.



Di dalam majlis yang sama juga beliau membuat pelancaran Buku Koleksi Resepi PERWAKILAN Frankfurt.

Hidangan makan malam telah disediakan secara pot luck oleh PERWAKILAN Frankfurt. Kepada Encik Saiful Azam sekeluarga, pihak kami mengucapkan Selamat Maju Jaya.

Berikut merupakan suasana yang sempat dirakam pada hari tersebut:

Encik Saiful Azam Abdullah mengimbas kembali kenangan membuka misi di Frankfurt pada 27 Ogos 2007 lalu

Encik Saiful Azam, isteri Puan Khadijah Mahmud dan anak-anak

Penyampaian cenderamata untuk Puan Khadijah Mahmud sebagai tanda kenang-kenangan daripada ahli PERWAKILAN Frankfurt

Buku Koleksi Resepi PERWAKILAN Frankfurt

Pelancaran Buku Koleksi Resepi PERWAKILAN Frankfurt oleh Encik Saiful Azam sambil diperhatikan isteri beliau, Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt Puan Khadijah Mahmud

Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Khadijah Mahmud sempat menunjukkan kandungan Buku Koleksi Resepi PERWAKILAN Frankfurt

Ahli PERWAKILAN bergambar bersama







Bergambar kenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt

Puan Khadijah Mahmud bergambar bersama ahli PERWAKILAN dan Presiden MCD sebelum beliau berlepas ke New York

Antara aksi yang sempat dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt