Thursday 21 October 2010

Majlis Makan-makan ~ Puan Faiza Jansa

Pada Selasa lepas, 19 Oktober 2010 ahli PERWAKILAN telah dijemput menghadiri majlis makan-makan oleh Puan Faiza Jansa di kediaman beliau di Dreieich. Aktif berpersatuan dan memegang jawatan sebagai Setiausaha MCD (Malaysian Club Deutshland), Puan Faiza, rakyat Malaysia yang sudah beberapa tahun berhijrah ke Frankfurt setelah berkahwin dengan warga German dan mempunyai dua orang anak.


Majlis ini dibuat khas untuk merapatkan lagi tali persahabatan antara kami dan beliau. Kami juga difahamkan oleh beliau bahawa hari tersebut merupakan ulangtahun perkahwinan beliau. Untuk Puan Faiza, 'Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan!', didoakan semoga berbahagia selalu dan berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat. Juga terima kasih daripada kami atas majlis ini, semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan dan juga semoga persahabatan yang terjalin ini berkekalan sampai bila-bila.

Sekitar kenangan yang sempat dirakam pada hari tersebut..

Antara ahli PERWAKILAN yang hadir

Bergambar bersama Puan Faiza Jansa dan dua orang anak perempuan beliau

Hari ini juga merupakan hari jadi Hafiz (anak Puan Zalina Zainal).. Selamat Hari Jadi Hafiz!

Puan Faiza Jansa dengan salah seorang tetamu beliau, Puan Emilia Yusoff-Fluegel

Puan Fiza ahli Perwakilan Frankfurt yang baru, merupakan antara yang hadir..

Menikmati hidangan tengahari..