Monday 29 March 2010

Senamrobik

28 Mac 2010 (Ahad) - Bertempat di Dewan Serbaguna, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt, satu program riadah anjuran PERWAKILAN iaitu senamrobik telah dimulakan tepat jam 11:30 pagi. Acara senamrobik yang mengambil masa selama 1 jam ini merupakan julung kali diadakan khas untuk ahli PERWAKILAN. 

Saturday 27 March 2010

Resipi Tempura



Bahan-bahan Batter Tempura

Air + Telur : Tepung = 1 : 1

Air mesti sejuk (ais)

Friday 26 March 2010

Resipi Sushi





Bahagian 1 : Tanak Nasi


Bahan-bahan :

4 pot beras sushi
4 pot air


Cara-caranya :


Masak nasi macam biasa.


Morning Coffee ~ Puan Rahizam Abdullah

Pada 25 Mac 2010 (Khamis) lalu, morning coffee kali ketiga untuk tahun ini telah diadakan di kediaman Puan Rahizam Abdullah beralamat di Bad Soden.

Berikut merupakan ahli-ahli PERWAKILAN yang hadir..

Bergambar beramai-ramai bersama Puan Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud (lima daripada kanan)


Monday 22 March 2010

Kelas Matematik

Bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt, bermula semalam 21 Mac 2010, PERWAKILAN Frankfurt telah mengambil satu lagi initiatif iaitu dengan mengadakan kelas tambahan Matematik untuk anak-anak PERWAKILAN yang memerlukan khidmat bantuan di dalam bidang tersebut. Kelas yang dijadualkan pada setiap hari Ahad jam 11:30 pagi ini dikendalikan oleh En. Sharizan Sudin sebagai tenaga pengajar. Sebagai permulaan, seramai 3 orang anak PERWAKILAN telah menyertai kelas tambahan ini. Diharapkan dengan usaha murni ini, para pelajar dapat memanafaatkannya untuk kecemerlangan diri dan sekolah.




Monday 15 March 2010

Majlis Perpisahan TYT Datuk Zakaria Sulong Dan Isteri Datin Hazizah Ahmad

Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa..

Tanggal 14 Mac 2010 (Ahad) lalu bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt pada jam 10:30 pagi telah diadakan Majlis Jamuan Perpisahan TYT Duta Besar Malaysia ke Jerman Datuk Zakaria Sulong dan isteri Datin Hazizah Ahmad yang akan bertukar ke London.

Sunday 7 March 2010

Maulidur Rasul 2010

Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T.

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini telah diadakan pada 6 Mac 2010 (Sabtu). Lokasi sambutan ialah di Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt.

Pertandingan Mingguan Bowling

Pada hari Selasa, 16 Mac 2010, satu pertandingan bowling telah diadakan di Brunswick Bowling Centre, Berkersheimer Weg 104, 60433 Frankfurt am Main untuk merebut piala pusingan. Turut serta dalam acara ini ialah Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud, Puan Peteri Azizah Megat Ahmad Zamil (Ketua AJK Sukan), Puan Sarinah Ali (Ketua AJK Sosial dan Kebudayaan), Puan Rahimah Mohd (Ketua AJK Agama dan Kebajikan), Puan Rahizam Abdullah (Ketua AJK Masakan), Puan Sharifah Nor Aida Syed Ibrahim (Penolong Ketua AJK Masakan) dan Puan Faiza Jansa (Setiausaha Malaysian Club Deutschland (MCD)). Pertandingan ini telah dimenangi oleh Puan Khadijah Mahmud.

Wednesday 3 March 2010

Selamat Menimang Cahaya Mata

Pada 2 Mac 2010 (Selasa), ahli PERWAKILAN telah membuat lawatan menziarahi Puan Emelia Fantoza Sarain isteri kepada Encik Asaari Zainudin (Konsul Latihan) yang telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada hari Rabu, 17 Februari 2010. Lawatan ke rumah beliau di Frankfurt Am Main telah dihadiri oleh hampir keseluruhan ahli PERWAKILAN. Pihak PERWAKILAN juga amat berbesar hati di atas kesudian Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud untuk turut-serta dan menyampaikan cenderamata di atas kehadiran cahaya mata tersebut.