Sunday 29 August 2010

Majlis Buka Puasa 2010

Semalam, Sabtu 28 Ogos 2010, satu majlis berbuka puasa beramai-ramai telah diadakan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Selain dihadiri oleh ahli keluarga PERWAKILAN Frankfurt, ia juga dihadiri oleh warga kerja Konsulat Frankfurt lain yang beragama Islam sebagai tetamu jemputan. Majlis yang bermula dengan tazkirah Ramadhan pada jam 7:30 malam ini, berhenti pada jam 8:15 malam untuk berbuka puasa dan solat magrib berjemaah.



Wednesday 11 August 2010

Salam Ramadhan..

Setahun sudah berlalu dan kini Ramadhan datang lagi. Hari ini 1 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 11 Ogos 2010, umat Islam mula berpuasa. Di dalam bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini, PERWAKILAN Frankfurt mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua yang beragama Islam. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya dan semoga segala amal ibadah dan kebajikan yang kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini akan diterima sebagai sebaik-baik amalan dan diberikan setinggi-tinggi ganjaran olehNYA.

Monday 9 August 2010

Koleksi Resipi PERWAKILAN Frankfurt



Pelancaran buku Koleksi Resipi PERWAKILAN Frankfurt telah dibuat oleh Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Saiful Azam Abdullah yang juga merangkap Penasihat Kehormat PERWAKILAN Frankfurt. Pelancaran ini telah diadakan semalam, Khamis 8 Julai 2010 di Bilik Serbaguna Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Ia merupakan terbitan pertama oleh PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt.



Thursday 5 August 2010

Jalan-jalan Cari Makan ~ Japanese Food

Jalan-jalan Cari Makan merupakan aktiviti terbaru PERWAKILAN yang telah dijalankan semalam Rabu, 4 Ogos 2010. Dicadangkan oleh Puan Pengerusi PERWAKILAN, ia merupakan aktiviti terakhir ahli PERWAKILAN bersama beliau sebelum beliau berlepas ke New York pada Jumaat 6 Ogos 2010 kerana mengikuti suami bertugas di sana. PERWAKILAN telah makan tengahari (sushi buffet) bersama-sama di Buffet Restaurant (Yan Jin GmbH), Frankfurt. Sushi yang dihidangkan amat menyelerakan sekali, tidak rugi kalau ingin datang lagi!