Thursday 16 September 2010

Morning Coffee ~ Puan Siti Roha Ibrahim

Semalam Rabu, 15 September 2010, majlis morning coffee yang kesembilan untuk tahun ini telah diadakan di kediaman Puan Siti Roha Ibrahim di Kronberg. Bertemakan Kelantan Authentic Food, ahli PERWAKILAN disajikan dengan hidangan utama nasi belauk yang berlaukkan gulai ikan dan juga kari ayam serta sikaya pulut sebagai pencuci mulut. Di dalam majlis ini juga, turut diadakan Majlis Perpisahan PERWAKILAN Frankfurt untuk Cik Lim Juat Chin.

Friday 10 September 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat 2010

Setelah 29 hari berpuasa, semalam tanggal 9 September 2010, umat Islam khususnya di bumi Germany menyambut Aidilfitri. Memandangkan pada masa ini pihak Frankfurt masih belum mendapat pengganti Konsul Jeneral Malaysia, maka sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat kali ini dibuat di rumah pemangku Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Mohd. Marzuki Mohd. Amin dan pasangan Puan Misnah Salikan di Hattersheim.



Menjelang Raya 2010

Bermula pagi Sabtu 4 Ogos 2010, persiapan awal untuk menyambut kedatangan Hari Lebaran telah dibuat dengan penuh teliti oleh ahli PERWAKILAN bagi memastikan sambutan raya kali ini berjalan lancar.

Pada hari tersebut, ahli PERWAKILAN telah berkumpul di rumah Puan Misnah Salikan di Hattersheim untuk membuat persiapan awal lauk-pauk untuk hidangan di hari raya.





Wednesday 8 September 2010

Esok Hari Raya!

Menjelang 1 Syawal esok, PERWAKILAN Frankfurt mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana jua anda berada. Sepuluh jari disusun, maaf dipohon di atas semua kesilapan dan kedaifan diri jika ada. Marilah kita bermaaf-maafan di hari yang mulia ini dan merayakannya sebagai tanda kemenangan kerana dapat menyempurnakan ibadah puasa dan juga dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarangNYA.

Kepada muslimin dan juga muslimat, sekali lagi 'Selamat Hari Raya Aidilfitri.. semoga raya tahun ini lebih bermakna untuk semua!'