Wednesday 30 May 2012

Black&White Morning Coffee ~ Puan Siti Roha Ibrahim

Hitam-putih kehidupan..itulah tema pilihan morning coffee kali ini. Diadakan di Kronberg semalam, Selasa 29 Mei 2012, morning coffee ini dihadiri ahli-ahli PERWAKILAN dan kenalan. Bermula jam 10:30 pagi, semua yang hadir dijamu tuan rumah, Pn Siti Roha Ibrahim dengan salah-satu masakan exotik Kelantan yang menjadi permintaan ramai, nasi kerabu kuning. Selesai menjamu selera, masing-masing bersantai dengan parti Tupperware brand pula..

Friday 25 May 2012

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2012/2013

Persatuan Wanita Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt telah bersidang semula semalam Khamis 24 Mei 2012 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2012/2013 tersebut telah dimulakan jam 10 pagi dengan dimulakan dengan kata aluan oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham. Turut berucap di dalam mesyuarat ini ialah Penasihat Kehormat PERWAKILAN Frankfurt, En John K Samuel.

Sunday 13 May 2012

Kunjungan Timbalan Menteri Luar Negeri

Konsulat Jeneral Frankfurt telah mendapat kunjungan Timbalan Menteri Luar Negeri YB Senator A. Kohilan Pillay semalam Sabtu 12 Mei 2012 jam 6:00 petang. Sempena kunjungan tersebut, satu pertemuan  dengan sebahagian pelajar Malaysia yang belajar di kawasan berdekatan telah diatur.

Kesempatan bertemu dengan para pelajar tersebut diisi dengan taklimat, sesi soal-jawab dan sesi bergambar beramai-ramai. Majlis yang diakhiri dengan jamuan makan malam tersebut telah disediakan secara potluck terancang oleh Perwakilan Frankfurt.

Taste of The World

Meriah! Itulah yang dapat digambarkan suasana Taste of The World yang telah berlangsung semalam, Sabtu, 12 Mei 2012 di ISF (ISF Internationale Schule Frankfurt-Rhein-Main).  Perayaan yang bermula jam 12 tengahari itu mempamerkan pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan oleh pelbagai negara untuk dicuba keenakannya oleh pengunjung. Negara Malaysia memilih menu nasi putih, acar rampai, daging masak lada hitam, ayam masam-manis dan kuih bakar serta karipap sebagai jualan pada hari tersebut. Hasil keuntungan jualan pada hari tersebut disumbangkan ke Tabung PERWAKILAN Frankfurt dan juga untuk Tabung Projek Kenya ISF.