Thursday 27 September 2012

Sambutan Hari Kebangsaan 2012 Di Frankfurt

Semalam, Rabu 26 September 2012, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah mengadakan majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke 55 di Dewan Dechema, Frankfurt am Main. Majlis yang bermula jam 6 petang tersebut dan berakhir jam 7 malam telah dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan khas Konsulat Jeneral. Walaupun tidak terlibat secara langsung di dalam urusan penyediaan makanan kali ini, PERWAKILAN turut hadir pada petang tersebut bagi mempastikan perjalanan sambutan berjalan lancar.

Thursday 20 September 2012

Dulu Berdua..Kini Bertiga..

Mendapat cahayamata..impian setiap wanita bergelar isteri..itulah lumrah kehidupan..

Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Aainaa Farhana Che Awang dan suami, Encik Khairul Nizam Jamalus  (Konsul Latihan dan Pendidikan) di atas kelahiran cahayamata pertama seberat 3.4 kg pada pagi 26 Ogos 2012 lalu. Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Adam dilahirkan normal di salah-sebuah hospital di bandar Frankfurt. Berkongsi kegembiraan tersebut, PERWAKILAN telah membuat kunjung ziarah ke kediaman beliau di Frankfurt pada Rabu, 19 hb September 2012. Alhamdulillah, beliau dan Adam berada dalam keadaan sihat sejahtera. Menceritakan saat-saat kelahiran dan tempoh berpantang, ternyata ia pengalaman paling berharga.. indahnya menjadi ibu.. kebahagiaan tiada tara..