Thursday 26 June 2014

Ladies' Lunch Out


Restaurant Dorade, sebuah restoran Mediterranean di Frankfurt am Main merupakan pilihan ahli Perwakilan untuk sesi Ladies' Lunch Out pada 25 Jun 2014. 

Memandangkan majoriti ahli Perwakilan Frankfurt merupakan wanita kerjaya, restoran yang terletak kurang dari 3 kilometer dari pejabat merupakan lokasi sesuai bagi sesi makan tengahari ini.  



Suasana di dalam restoran 



 Sesi bergambar





 Diantara hidangan yang dipesan.

Sunday 15 June 2014

Erdbeeren Pflücken di Praunheim, Frankfurt



Erdbeeren Pflücken atau Strawberry Picking merupakan aktiviti popular di negara Jerman. Bermula pada akhir musim bunga dan permulaan musim panas (akhir bulan Mei sehingga akhir bulan June) ramai yang membawa keluarga ke ladang strawberry untuk memetik strawberi. 

Ahli Perwakilan Frankfurt juga tidak ketinggalan. Walaupun ramalan cuaca bagi hari Sabtu, 14 Jun 2014 tidak begitu menggalakkan kerana dijangka akan hujan namun ia tidak mematahkan semangat ahli perwakilan dan keluarga untuk meneruskan juga rancangan untuk memetik strawberi pada hari tersebut. 

Bersenjatakan payung dan baju hujan, ahli perwakilan dan keluarga telah sampai di Bauer Würfl di Praunheim, Frankfurt pada jam 10.30 pagi. Tetapi nasib di pihak kami kerana sepanjang aktiviti, cuaca agak cerah dan tidak setitik hujan pun turun membasahi bumi. 












Friday 13 June 2014

Morning Coffee - Puan Maizan Ahmad & Puan Marleena Abdul Manaf


Morning Coffee bulan Jun telah diadakan pada hari Khamis, 12 Jun 2014. Hos bersama, Puan Maizan Ahmad dan Puan Marleena Abdul Manaf dengan berbesar hati telah menjemput bukan saja ahli Perwakilan tetapi juga pasangan mereka untuk Makan Tengahari di Kediaman Rasmi Puan Maizan Ahmad di Sachsenhausen Nord. 

Diantara juadah utama yang dihidangkan ialah nasi kandar dan ayam masak hitam, acar timun dan nenas dan grilled lamb. Para tetamu juga menikmati pencuci mulut seperi kek lemon dan vanilla cup cake serta pelbagai jenis buah-buahan seperti ceri, pic, tembikai, anggur, strawberi dan bermacam macam lagi. 



Baby Khaleef (anak kepada Pn Marleen & En. Khairul) merupakan 
supporter paling kuat pasukan Germany!

 Duduk bersembang sambil menikmati cuaca yang indah di taman

Setelah selesai makan, marilah kita bergambar!