Saturday 28 February 2015

Makan Malam Tahun Baru Cina di kediaman Encik Syarqawi Mohammad & Puan Ling Hassim

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Puan Ling Hassim dan Encik Syarqawi Mohammad telah menjemput ahli Perwakilan dan keluarga ke kediaman mereka di Ginnheim, Frankfurt am Main pada 27hb Februari 2015.  Majlis makan malam tersebut telah bermula dari jam 6.30 petang.  

Berasal dari negeri Sarawak Bumi Kenyalang, ibu bapa Puan Ling berketurunan Cina Muslim. Khas untuk jamuan Tahun Baru Cina pada malam tersebut, beliau telah menyediakan pelbagai juadah keturunan cina seperti nasi ayam Hainan, ayam goreng rangup, five treasure mushrooms, asam pedas ikan, sayur campur dan laksa Sarawak. Beliau  juga telah menyediakan kuih muih seperti tat nenas dan kuih lapis nyonya serta kek masam manis sisik ikan dan red velvet cream cheese cake. Hebat betul bakat memasak Puan Ling! Kami amat berterima kasih kepada Puan Ling kerana menjemput kami untuk makan malam di kediaman beliau. 





 Di antara tetamu yang hadir







Pelbagai juadah enak yang disediakan olen Puan Ling. 


Thursday 26 February 2015

Radin Mikhael Nuqmann, putera kesayangan Puan Elmy Marina Mohamad dan Encik Radin Shah Izuan

Pada 26 February 2015, Puan Elmy Marina Mohamad, Konsul Muda MIDA dan Encik Radin Shah Izuan, telah dikurniakan cahaya mata kedua. Putera comel yang diberi nama Radin Mikhael Nuqmann bin Radin Shah Izuan, dilahirkan seberat 3.16kg di Hospital Sachsenhausen Krankenhaus, Frankfurt. 

Tahniah diucapkan kepada Puan Elmy dan Encik Radin. 




Wednesday 18 February 2015

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2015/2016

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2015/2016 telah diadakan pada 17 haribulan Februari di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. 

Sesi Mesyuarat dimulakan pada jam 10 pagi dengan kata aluan oleh Puan Adina Kamarudin selaku Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt. 

Mesyuarat tersebut mengambil masa sekitar 2 jam dan di antara perkara dibincangkan adalah:


  • Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN tahun 2014.
  • Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Sesi 2014 oleh Bendahari.
  • Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2014.
  • Pembubaran AJK PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2014 dan Perlantikan AJK PERWAKILAN Frankfurt sesi 2015. 
  • Aktiviti terdekat : Rombongan ke Keukenhof Gardens, Netherlands, aktiviti bowling dan sebagainya. 
  • Lain lain perkara.

Sesi kali ini amat istimewa kerana kami sempat meraikan hari jadi Puan Selvi pada hari ini. Kami juga sempat bertemu dan mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu Cik Noramirah Yusoff, Konsul Muda Pendidikan dan Puan Aryanti binti Razali, isteri kepada Penolong Pengarah Tourism Malaysia. 

Puan Adina Kamarudin dan Cik Rodziah Idris telah masing-masing menyediakan cenderahati istimewa untuk disampaikan kepada setiap ahli Perwakilan. Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Adina dan Cik Rodziah. 

Berakhirnya Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt, ahli PERWAKILAN Frankfurt yang hadir telah menjamu selera dengan makanan tengahari yang dibawa secara potluck.









Puan Adina Kamarudin menyampaikan cenderahati kepada ahli Perwakilan. 


 Selamat Hari Jadi Puan Selvi.



 Di antara juadah yang disediakan secara potluck 


Ahli Perwakilan yang hadir pada Sesi Mesyuarat Agong 2015. 




Nota:
Laporan terperinci mengenai mesyuarat ini boleh diperolehi daripada Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2015.