Sunday 26 April 2015

Selamat Hari Jadi, Nayra

Ahli Perwakilan sekeluarga telah dijemput ke kediaman Puan Elmy Marina Mohamad, Konsul Muda MIDA dan Encik Radin Shah Izuan di Westend pada 25 April 2015 untuk meraikan harijadi ke 4 puteri mereka, Nayra....

Majlis sambutan hari jadi Nayra amat meriah. Kanak-kanak yang hadir diberi goody bag berisi gula gula dan mainan. Ada yang datang memakai kostum. Birthday girl pun kelihatan amat comel berpakaian kostum princess. Kami menyanyikan lagu Happy Birthday sebelum Nayra meniup lilin. Tetapi yang paling istimewa ialah hari jadi Nayra kali ini disambut dengan adiknya Radin Mikhael Nuqmann bin Radin Shah Izuan yang baru dilahirkan sebulan sebelum ini. 


Keluarga bahagia! Kebetulan, ibu kepada Puan Elmy sedang bercuti di Frankfurt.  


Selamat Hari Jadi, Princess Nayra. 

Jom bergambar!

Saturday 25 April 2015

Selamat Hari Jadi Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt

24 April merupakan hari jadi Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt dan Pengerusi Perwakilan. Ahli Perwakilan dan kakitangan Konsulat Malaysia di Frankfurt telah menganjurkan "surprise birthday celebration"  sempena menyambut hari istimewa beliau. Semua ahli Perwakilan, serta kakitangan Konsulat Malaysia dan agensi kerajaan Malaysia di Frankfurt turut dijemput untuk meraikan hari yang istimewa ini. Selamat Hari Jadi diucapkan kepada Puan Adina Kamarudin. Semoga Puan sentiasa dirahmati, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. 

Selamat Hari Jadi Puan 










 Diantara juadah yang disediakan




Monday 20 April 2015

Mesyuarat Aktiviti Perwakilan

Mesyuarat Perwakilan telah diadakan pada 20hb April 2015 di Konsulat Malaysia, Frankfurt. Bermula pada pukul 10 pagi, tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan aktiviti terdekat Perwakilan Frankfurt. 

Di antara aktiviti yang dibincangkan ialah acara Taste of the World yang akan berlangsung di sekolah International Schule Frankfurt pada 9hb May 2015. Ahli Perwakilan setuju memberi kerjasama untuk menyediakan makanan untuk Malaysian booth pada hari tersebut. 

Aktiviti musim panas juga telah dibincangkan dan cadangan yang dikemukakan ialah aktiviti BBQ/piknik di Palmegarten, Ostpark atau Freizeit Lochmühle dan juga Family Trip ke Knaus Camping Park di Bad Dürkheim pada bulan Jun nanti. 

Berakhirnya mesyuarat pada pukul 12 tengahari, ahli Perwakilan telah menjamu selera dengan makan tengahari yang disediakan secara potluck. 




Sunday 12 April 2015

Lawatan ke Keukenhof Gardens di Netherlands

Pada 11 haribulan April 2015, Perwakilan Frankfurt telah membuat rombongan ke Keukenhof Gardens di Netherlands. Musim bunga merupakan musim paling sesuai untuk melawat Keukenhof Gardens kerana ia terkenal dengan bunga tulip. Pada musim bunga tahun ini, terdapat sebanyak 7 juta dari 800 jenis spesis tulip yang mekar di Keukenhof Gardens. 

Walaupun hampir sehari suntuk berjalan di Keukenhof Gardens yang seluas 32 hektar ini, namun tidak seorang pun ahli yang merungut kepenatan kerana terlalu khusyuk mengamati keindahan bunga-bungaan di taman. 









Ahli Perwakilan yang turut serta bersetuju yang lawatan ini amat istimewa dan sukar dilupai.