Friday 25 September 2015

Makan Tengahari Aidil Adha bersama Pak Chop di kediaman Cik Noramirah Yusoff

Sempena perayaan Aidih Adha, Cik Noramirah Yusoff, Konsul Muda JPA,  telah menjemput warga Konsulat Malaysia di Frankfurt ke kediaman beliau di Frankfurt pada tengahari 26hb September 2015. 

Istimewa pada hari tersebut ialah juadah yang disediakan oleh ayah Cik Noramirah, Encik Yusoff Lin atau juga dikenali dengan panggilan Pak Chop. Kebetulan pada masa itu, Pak Chop bersama adik Cik Noramirah iaitu Encik Norhafifi Yusoff sedang bercuti selama dua minggu di Frankfurt. Kami amat bertuah dapat menjamu hidangan yang disediakan oleh Pak Chop. Diantara hidangan istimewa ialah kari kepala ikan, udang goreng, ayam goreng, ikan bakar, daging rebus bersama sambal kerisik, ketupat bersama kari daging dan rendang ayam dan ulam dengan sambal belacan.  Sebagai pembuka selera dan pencuci mulut, Pak Chop telah menyediakan rojak buah, Kuih Lopis serta pelbagai buah-buahan. 

Terima kasih diucapkan kepada Pak Chop dan Cik Noramirah!




Pak Chop dan Fifi


Hidangan yang disediakan







Setelah habis makan kita bergambar!




Makan Malam Hari Raya Aidil Adha di kediaman Encik Syarqawi Mohammad & Puan Ling Hassim

Pada petang 25hb September 2015, Encik Syarqawi Mohammad dan Puan Ling Hassim telah menjemput ahli-ahli Perwakilan sekeluarga ke kediaman mereka di  Ginnheim sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. 

Menu istimewa pada hari tersebut merupakan Nasi Kerabu Terengganu. Puan Ling juga telah menyediakan sate kambing dan pelbagai juadah pencuci mulut seperti kek dan buah-buahan. 

Terima kasih diucapkan kepada Encik Syarqawi dan Puan Ling Hassim! 






Thursday 24 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pagi 24hb September 2015, warga konsulat Malaysia Frankfurt yang beragama Islam telah berkumpul semula di bangunan konsulat bagi menunaikan solat sunat Aidil Adha. Majlis yang bermula jam 9:00 pagi tersebut diketuai oleh Encik Syarqawi Mohammad. 

Selepas sesi solat, masing-masing menjamu selera dengan hidangan potluck oleh ahli PERWAKILAN. Antara yang hadir ialah  pelajar-pelajar Malaysia di negara Jerman.


Sekitar peristiwa..