Friday 30 October 2015

Morning Coffee - Puan Ling Hassim

Pada 26 Oktober 2015, ahli Perwakilan telah menerima mesej dari Puan Ling Hassim menerusi Whatsapp. Mesej yang diakhiri dengan serangkap pantun menjemput kami ke kediaman beliau untuk sesi Morning Coffee pada 30 Oktober 2015. 




Sesi Morning Coffee tersebut bermula pada jam 12 tengahari kerana kebanyakan ahli Perwakilan merupakan wanita kerjaya. Hadir pada hari itu ialah Puan Sharida Ahmad Shahidan, isteri kepada Pengarah Tourism Malaysia yang baru tiba di Frankfurt. Selamat datang diucapkan kepada Puan Sharida.

Walaupun hamil 7 bulan, Puan Ling telah menyediakan pelbagai masakan istimewa bagi kami. Diantara juadah yang disediakan ialah ikan masak tempoyak, bendi goreng belacan , umai udang, kari ayam, siew mai, dimsum, mee kolok dan kuih muih. 











Terima kasih Puan Ling!

Tuesday 20 October 2015

Majlis Makan Malam anjuran bersama Encik Abdul Rahman dan Cik Rodziah Idris

Encik Abdul Rahman Adun, Konsul Pentadbiran dan Cik Rodziah Idris, Pembantu Peribadi kepada Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, telah menjemput warga Konsulat Malaysia di Frankfurt dan keluarga ke Majlis Makan Malam pada 20 Oktober 2015. Majlis yang bermula pada jam 6 petang ini telah diadakan di Dewan Tun Ghazalie Shafie, Konsulat Malaysia di Frankfurt. 

Menu istimewa pada malam itu bertemakan Masakan Kampung, sesuai bagi kami yang berada jauh di perantauan dan sentiasa merindui kampung halaman. 

Terima kasih Encik Abdul Rahman dan Cik Rodziah Idris!






Di sekitar majlis & masakan yang disediakan. 

Sunday 18 October 2015

Malaysia Ball 2015 - An ASEAN Night

Malaysia Ball 2015 was an absolute sensation! Organised by the Malaysian Club Deutschland (MCD), Frankfurt, the event was held  on 17 October 2015 at the Platinum Ballroom, Marriot Hotel, Frankfurt am Main, 

An ASEAN Evening - the theme for this event was the brainchild of Puan Adina Kamaruddin, the Consul General of Malaysia in Frankfurt. As Malaysia is the chairman of ASEAN this year, Puan Adina Kamaruddin thought that it would be a wonderful idea to centre the ball around "a cultural and culinary journey to promote Malaysia and other ASEAN states". (Malaysian Insights Magazine)

To realise this goal, Puan Adina Kamaruddin, who is also the Patron for MCD, worked closely with the MCD Committee headed by Puan Rosita Heilek. Together they created MAGIC that night. 

275 guests attended the event. Among the VVIPs were HE Dato' Zulkifli Adnan, the Malaysian Ambassador in Germany and his spouse, Datin Siti Hawa, Johor Delegates; Deputy Speaker of Johor State Government, YB Dato' Haji Baderi Dasuki and his spouse, Johor State Assemblyman YB Encik Raven Kumar Krishnasamy and his spouse, Consul Generals of Thailand, Indonesia and Vietnam and spouses. Other guests include Malaysians residing in Germany, Malaysian Consulate personnel and family, guests from the Frankfurt Book Fair and several lucky draw sponsors and spouses. 

Dato' Chef Ismail Ahmad, a renowned celebrity chef from Malaysia was flown in by Tourism Malaysia to prepared the sumptuous buffet. Guests were served chicken satay, chicken broth with vegetables, Rendang Tok, Ayam Masak Merah, Dhalcha, Otak-otak, Fried Meehoon, Tomato rice and for dessert, pumpkin in coconut milk and palm sugar. 

The night also witnessed colourful performances by the Johor Heritage Foundation dance troupe and cultural groups representing Thailand and Indonesia. The initiative was coordinated by Puan Adina Kamaruddin and her spouse, Encik Mahzan Abdul Samad. 

Despite the 6-week deadline, the MCD committee succeeded in securing a total of 45 lucky-draw prizes from 23 sponsors. The top 3 prizes were one Samsung S6 Edge smartphone, 5 hotel stay in 5 Star Hotels for 2 pax and 2 Premium Economy return tickets from Frankfurt to Kuala Lumpur from Lufthansa. 

The night was concluded with much gaiety as guests took to the stage to dance. Congratulations to the MCD committee and those who contributed to the success of this event. 

 HE Dato' Zulkifli Adnan and Datin Siti Hawa

Puan Adina Kamaruddin, Consul General of Malaysia in Frankfurt and Patron of MCD, 
delivering her high-powered speech




 Beautiful performances that evening

CG and Malaysian Club Patron Puan Adina Kamaruddin receiving her
 Recognition Award from YB Dato' Haji Baderi Dasuki, Dep Speaker of Johor State Parliament, signed by Johor Chief Minister and Johor State Executive Council for Youth, Heritage & Culture
 
MCD President Rosita Heilek receiving her Recognition Award.

Chef Dato' Ismail Ahmad receiving his Recognition Award.

 MCD Committee Members, Thomas and Sheila Abel receiving awards on behalf of all the 
Malaysia Ball 2015 Committee.










Ending the night with some dancing on stage!















Friday 16 October 2015

Malaysian Food Promotion

In conjunction with the Malaysia Ball 2015 and the Frankfurt Book Fair 2015, the Malaysian Consulate Frankfurt and the Malaysian Club Deutschland (MCD) worked closely together to organise the Malaysian Food Promotion on the evenings of October 14 and 15, 2015. 

Dato' Chef Ismail Ahmad, our celebrity chef from Malaysia and Chef Thomas Fahr, the Executive Chef from Marriot hotel presented special cuisines from the state of Johor with Johor Laksa as the special feature. The two-day event which was held at the Brasserie, Marriot Frankfurt was attended by 100-120 guests. 

The guests were entertained by mesmerizing performances by the Johor Heritage Foundation dance troupe. 



Malaysian CG, Puan Adina Kamaruddin trying out the Johor Laksa 









 The Johor Heritage Foundation Dance Troupe.





Among the delicious food featured during the event.







Thursday 15 October 2015

Kitchen Helper di Hotel Marriot

Ahli Perwakilan telah diberi peluang untuk menjadi Kitchen Helper di hotel Marriot sempena Malaysian Food Promotion 2015 pada 14 hingga 15 Oktober 2015. Kami berpeluang membantu Dato' Chef Ismail dan ahli-ahli Malaysian Club Deutschland (MCD) menyediakan makanan untuk majlis tersebut. Ramai di antara kami yang belum pernah melihat bagaimana makanan disediakan di dapur hotel bertaraf 5 bintang. Oleh itu, pengalaman ini boleh dikatakan amat menarik. 



 Bersama Dato' Chef Ismail Ahmad dan Puan Rosita Heilek, Presiden MCD.

 Bersama Chef Thomas Fahr, Chef Eksekutif Hotel Marriot.




Wednesday 14 October 2015

Jom cucuk sate!


Sempena Malaysia Ball 2015 dan Malaysian Food Promotion yang diadakan pada pertengahan bulan Oktober 2015, ahli-ahli Perwakilan berkumpul di kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamaruddin. Tujuan mereka ialah untuk membantu menyediakan sate bagi majlis tersebut. Walaupun 14hb Oktober 2015 merupakan cuti awam, mereka tetap hadir untuk membantu.  

Bukan sahaja ahli Perwakilan, tetapi Encik Abu Bakar, suami kepada Puan Rohana Mohd Yunus, Pengarah MARA Frankfurt dan Encik Rizal, Penolong Pengarah Tourism Malaysia Frankfurt juga turut membantu. 

Setelah bekerjasama selama beberapa jam, sebanyak 1648 cucuk sate berjaya disediakan. 

Terima kasih kepada semua ahli yang membantu. 





















Saturday 10 October 2015

Acara Bowling Anjuran Malaysian Club Deutschland


Sempena Hari Sukan Malaysia, Malaysian Club Deutschland (MCD), Frankfurt telah menganjurkan MCD Championship Cup terulung bagi acara bowling pada 10 Oktober 2015. MCD telah dengan berbesar hati menjemput warga Konsulat Malaysia di Frankfurt serta keluarga untuk turut serta bagi acara tersebut. Kami juga berpeluang untuk berjumpa dengan Chef Selebriti Malaysia iaitu Chef Dato Ismail, yang secara kebetulan berada di Frankfurt atas undangan MCD sempena Promosi Makanan Malaysia dan Malaysian Ball di Frankfurt. 

Bertempat di Bowling und Kegelzentrum Rebstockbad berdekatan Frankfurt Messe, acara ini telah diadakan pada sebelah petang. 

MCD Championship Cup telah dimenangi oleh Encik Abu Bakar, suami kepada Puan Rohana Mohd Yunus, Pengarah MARA di Frankfurt. Tahniah diucapkan kepada Encik Abu Bakar!


Encik Abu Bakar bersama Puan Adina Kamaruddin, Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt (kanan) 
dan Puan Rosita Heilek, Presiden MCD (kiri). 










Chef Dato Ismail, Chef Selebriti Malaysia.