Tuesday 15 December 2015

Mesyuarat Perwakilan, Doa Selamat & Majlis Selamat Datang kepada Ahli Baru

Pada 15 Disember 2015, ahli Perwakilan menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia dan Pengerusi Perwakilan di Frankfurt. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Malaysia, Frankfurt bermula pada jam 11 pagi. 

Diantara agenda mesyuarat ialah pembentangan draf laporan oleh Ketua AJK, aktiviti Perwakilan di masa akan datang dan ucapan selamat datang kepada ahli baru kami iaitu Puan Sharida Ahmad Shahidan, isteri kepada Pengarah Tourism Malaysia yang baru sampai ke Frankfurt. 




Mesyuarat berakhir pada jam 1 tengahari dan disusuli oleh Majlis Doa Selamat agar perjalanan pulang Puan Adina Kamarudin sekeluarga ke tanah air berjalan lancar serta kelahiran cahaya mata Puan Ling Hassim dan Encik Syarqawi dipermudahkan. 

Majlis berakhir dengan makanan tengahari yang disediakan secara potluck oleh ahli perwakilan.