Saturday 16 July 2016

Berkelah bersama seisi keluarga PERWAKILAN Frankfurt

 Cik Noramirah Yusoff 
Ketua AJK Sosial Perwakilan, Frankfurt,


Hari ini Sabtu, 16hb Julai, 2016 sekitar jam 11 pagi, kesemua ahli PERWAKILAN dan keluarga yang turut serta di dalam aktiviti picnic bersama-sama dengan Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt sekeluarga telah berkumpul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt untuk bertolak ke Freizeitpark Oberwaldhaus Am Steinbrucker Teich, Darmstadt.

Objektif perkelahan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan kekeluargaan sesama ahli PERWAKILAN dan juga meluangkan masa kualiti bersama. Idea perkelahan ini dicetuskan oleh Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt dan direalisasikan oleh Ketua AJK Sosial, Cik Noramirah Yusoff dengan kerjasama dari setiap ahli PERWAKILAN yang turut serta. 

Pelbagai juadah enak telah disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN seperti Nasi Lemak, Ayam Goreng Mamak, Makaroni goreng, Bubur Kacang, Cekodok, Nugget, Hotdog dan Kek Red Velvet. Terima kasih kepada semua ahli PERWAKILAN yang telah bertungkus lumus menyediakan juadah enak untuk aktiviti perkelahan bersama. (Gambar di bawah)


Selain dari itu, suami kepada Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin, Encik Mahzan telah meluangkan masa bermain Mini Golf yang terdapat di Freizeitpark Oberwaldhaus Am Steinbrucker Teich, Darmstadt bersama anakanda beliau Aqeel serta Aqif iaitu anakanda kepada Puan Yaumee.

Ahli-ahli PERWAKILAN dan juga keluarga turut mencuba aktiviti Bootsverleih iaitu 'boating' dengan sampan tretboote yang menggunakan pedal kaki untuk berkayuh seperti di dalam gambar di bawah.


Picnic ini telah membina suasana yang damai dan selesa sesama ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga. Harapan PERWAKILAN agar aktiviti perkelahan ini diadakan dari masa ke semasa bagi mewujudkan sebuah keluarga PERWAKILAN yang berkasih sayang dan harmoni. Aktiviti perkelahan ini selesai pada pukul 5:30 petang.













Bersiar-siar di sekitar Park Freizeitpark Oberwaldhaus Am Steinbrucker Teich, Darmstadt















Thursday 14 July 2016

Selamat Pulang ke Malaysia buat kedua ahli PERWAKILAN yang dikasihi

Puan Rohana Mohd Yunus (yang berkhidmat di pejabat MARA, Frankfurt) 
dan suami Encik Abu Bakar Mat telah berangkat pulang ke tanahair pada 12hb Julai, 2016. 

Puan Pecky Lau Peck Leng dan suami Encik Jai Shankar Suppayah 
(yang berkhidmat di agensi MATRADE, Frankfurt)
serta anakanda Kishen Lau Jai Shankar telah selamat pulang ke tanahair pada 13hb Julai, 2016.



Kepada ahli PERWAKILAN yang di kasihi Puan Rohana, kami ucapkan Selamat Bersara, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan. Kepada Encik Jai Shankar Suppayah yakni suami kepada ahli PERWAKILAN, Puan Pecky Lau Peck Leng, Selamat meneruskan perkhidmatan di Ibu Pejabat Matrade, doa kami semoga terus maju dan segala urusan dipermudahkan. 


Saat-saat manis bersama sebelum berangkat pulang ke Malaysia:-


















Bersahabat ramai tapi kasihnya satu,
Hidup harmoni, tenteram dan aman,
Walaupun terpisah jauh beribu batu,
Hilang di mata tetapi di hati jangan.
-SAS-





Monday 11 July 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri


Satu Syawal telah diraikan dengan gembira,
Dari yang kecil sehingga yang dewasa,
Sekiranya ada tersalah kata, tulisan dan bicara,
Sepuluh jari disusun, Ampun Maaf di pinta.
Setulus Ikhlas, Sharida Ahmad Shahidan, webmaster.



Salam 7 Syawal dari Perwakilan Frankfurt. 
Pada 1 Syawal 1437 hijrah yang lalu bersamaan dengan 5hb Julai, 2016, satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah di adakan di Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt yang bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie. Pelbagai juadah enak telah disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya ini dan di antaranya adalah Nasi Tomato, Kurma Kambing bersama acar jelatah, Beehon Goreng, Ayam Masak Merah, Nasi Impit bersama kuah kacang dan lodeh, Ketupat Sotong dan pelbagai lagi juadah lauk pauk yang terhidang lazat di atas meja. Ahli-ahli PERWAKILAN juga turut menyediakan pemanis mulut untuk dinikmati bersama seperti agar-agar, puding, buah-buahan, kek lapis dan tapai. Terima kasih diucapkan buat setiap ahli PERWAKILAN yang telah memberi kerjasama yang baik di dalam menyediakan juadah hari raya secara potluck terancang dan menghadirkan diri bersama keluarga tersayang bagi memeriahkan acara Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437 hijrah.

Majlis Sambutan Hari Raya ini disambut dan diraikan dengan penuh keserderhanaan namun kemeriahannya turut rasa di hati kerana dapat berkumpul bersama dengan Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin sekeluarga serta seisi keluarga PERWAKILAN dan kakitangan-kakitangan yang dijemput ke Majlis ini. Harapan PERWAKILAN agar Majlis Sambutan Hari Raya ini diadakan setiap tahun bagi meraikan kedatangan Syawal yang pertama setelah menjalani ibadah berpuasa selama sebulan di perantauan. 


Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin seisi keluarga




Puan Sharida Ahmad Shahidan bersama keluarga




Puan Pecky Lau Peck Leng bersama suami tersayang.




Seisi keluarga Puan Yaumee




Cik Noramierah Yusoff (kiri) bersama Cik Rodziah Idris

















Nota:
Majlis Sambutan Hari Raya ini bermula pada pukul 11:00 pagi dan berakhir sekitar 2 petang.







Cahaya Ramadhan berlalu pergi Menyambut tibanya Aidilfitri Ampun maaf segala peri Semoga ikatan kekal dihati

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Cahaya Ramadhan berlalu pergi Menyambut tibanya Aidilfitri Ampun maaf segala peri Semoga ikatan kekal dihati

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Cahaya Ramadhan berlalu pergi Menyambut tibanya Aidilfitri Ampun maaf segala peri Semoga ikatan kekal dihati

Pautan Sumber Asal » mysumber.co
Cahaya Ramadhan berlalu pergi Menyambut tibanya Aidilfitri Ampun maaf segala peri Semoga ikatan kekal dihati

Pautan Sumber Asal » mysumber.com