Thursday 27 October 2016

Morning Coffee & aktiviti Sosial Perwakilan di Kediaman Rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, di Frankfurt



Pada hari Selasa yang lalu bertarikh 25hb Oktober, 2016, Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin telah berbesar hati menjemput ahli-ahli PERWAKILAN ke kediaman rasmi beliau yang terletak di Bandar Sachsenhausen untuk aktiviti sosial yang berbentuk ilmiah kepada ahli-ahli PERWAKILAN.

Aktiviti sosial yang sungguh istimewa ini adalah merupakan aktiviti belajar membuat roti canai dari doh, menibar canai sehingga masak roti canai. Istimewanya di pagi Selasa itu, Chef yang mengajar dan menurunkan ilmu penyediaan roti canai ini adalah Chef Selebriti yang tersohor dari tanahair Malaysia, Dato' Chef Ismail. Terima kasih Dato' Chef di atas tunjuk ajar dan tips yang diberikan. 

Terima Kasih juga PERWAKILAN ucapkan kepada kedua AJK Masakan Perwakilan, Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih dikenali dengan Puan Selvi yang menyediakan thosai lazat dan panas, begitu juga kepada Puan Ling Hashim yang membawa donut sebagai jamuan ringan buat kesemua Ahli PERWAKILAN yang hadir.







Majlis Perpisahan Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki, Bendahari Perwakilan

Cik Sharifah Nazreen Farhana (Kanan) atau lebih dikenali dengan Cik Reen
bersama dengan Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin


Majlis Perpisahan buat Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki, Konsul Muda Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, di bawah agensi MATRADE (bahagian perdagangan) telah dikelolakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN pada hari Isnin yang lalu, bertarikh 24hb Oktober, 2016 bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt.

Kesedihan amat dirasai oleh setiap ahli PERWAKILAN kerana Cik Reen merupakan Bendahari Perwakilan yang aktif di dalam setiap kegiatan sosial PERWAKILAN dan beliau bersifat mudah mesra dengan ahli-ahli baru dan lama di dalam PERWAKILAN. Di kesempatan ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan Selamat Jalan kepada Cik Reen, semoga lebih maju jaya di dalam tugasan yang baru sebagai Pengarah Pejabat Matrade Wilayah Utara, Semenanjung Malaysia.

Majlis Perpisahan ini bermula pada pukul 6:30 petang dan berakhir pada pukul 8:30 malam. Detik dan moment yang istimewa serta manis untuk dikenang ketika majlis berlangsung adalah sahabat baik Cik Reen, Cik Noramirah Yusoff atau lebih dikenali dengan Cik Miera menghadiahkan serangkap pantun buat Cik Reen. Beliau juga turut mengambil tugas sebagai emcee di dalam Majlis Perpisahan ini. Perwakilan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Perwakilan, Yang Berbahagia Puan Adina Kamarudin di atas ucapan yang diberikan buat Cik Reen mewakili ahli-ahli Perwakilan. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Rizal Mas di atas kesudian untuk membacakan doa selamat. PERWAKILAN juga menghargai setiap usaha dan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli Perwakilan di dalam penyediaan juadah yang lazat Potluck yang Terancang untuk meraikan Konsul Muda Cik Reen di dalam Majlis Perpisahan beliau ini.














Nota:
Cik Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki telah berkhidmat sebagai Konsul Muda Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt di bawah agensi MATRADE pada 15hb Ogos, 2014 dan akan menamatkan perkhidmatannya di pejabat Frankfurt pada 9hb November 2016 bagi meneruskan tugasnya sebagai Pengarah Pejabat Matrade Wilayah Utara. 


















Thursday 20 October 2016

Malaysian Food Promotion, Marriott Hotel Frankfurt, 19hb Oktober sehingga 21hb Oktober 2016



Malaysian Food Promotion yang sedang giat berlangsung di Hotel Marriott, Frankfurt selama 3 hari bermula dari semalam Rabu 19hb Oktober, 2016 sehingga Jumaat 21hb Oktober, 2016 telah direncanakan oleh Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt bersama dengan Malaysian Club Deutschland (MCD).

Chef selebriti yang tersohor dari Malaysia, Dato' Chef Ismail telah diterbangkan khas ke Frankfurt dan dibawa oleh MCD bagi menjayakan Malaysian Food Promotion berkolobrasi bersama dengan Marriott's Executive Chef Thomas Fahr di Hotel Marriott Frankfurt.

PERWAKILAN sekali lagi pada tahun 2016 ini turut membantu bersama di belakang tabir dengan menghulur bantuan di dalam penyediaan sate di kediaman rasmi Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin. PERWAKILAN juga turut diberi peluang untuk membantu Dato' Chef Ismail dan Executive Chef Thomas Fahr di bahagian dapur Hotel Marriott, Frankfurt sempena berlangsungnya Malaysian Food Promotion.

Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk bersama membantu menjayakan Malaysian Food Promotion ini.

Harapan PERWAKILAN agar segala perancangan mempromosikan Makanan Malaysia di peringkat antarabangsa dipermudahkan dan sukses.