Sunday 25 December 2016

Majlis Kesyukuran Encik Syarqawi Muhammad & Puan Ling Hashim


Encik Syarqawi bersama Isteri, Puan Ling sempena Majlis Kesyukuran mereka 
bertarikh 24hb Disember, 2016 dan sekaligus menyambut Hari Kelahiran birthday anakanda bongsu beliau Cik Sofea Mardhiah yang pertama. Happy Birthday baby Sofea, you are one year old :)


Sebuah Majlis Kesyukuran telah diadakan di kediaman Encik Syarqawi dan Puan Ling Hashim di kediaman beliau yang beralamat di Haeberlinstrasse, Frankfurt Am Main pada hari Sabtu yang lalu, 24hb Disember 2016.

Puan Ling Hashim yang juga lebih dikenali sebagai Chef AJK Masakan PERWAKILAN telah berbesar hati menjemput PERWAKILAN dan keluarga ke kediaman beliau untuk bersama-sama menyambut Majlis Kesyukuran beliau sekeluarga. Puan Ling Hashim telah menyediakan pelbagai juadah masakan yang enak dan lazat. Sekalung terima kasih PERWAKILAN ucapkan di atas kesudian menjemput setiap ahli PERWAKILAN dan keluarga. PERWAKILAN juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi buat anakanda comel Puan Ling dan Encik Syarqawi. Semoga Majlis Kesyukuran ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Ilahi. 

Encik Syarqawi telah menyusun atur agenda Majlis Kesyukuran beliau seperti berikut:-

0530-0600 petang : Ketibaan Jemputan

0615 petang : Solat Isyak dan Solat Hajat

0640 petang : Makan Malam

Majlis Kesyukuran Puan Ling dan Encik Syarqawi sekeluarga ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin dan keluarga.















Friday 23 December 2016

Morning Coffee di Kediaman Cik Rodziah Idris


Pada hari Isnin yang baru-baru ini, bertarikh 19hb Disember, 2016 Cik Rodziah Idris ataupun lebih dikenali dengan Kak Rod atau Kak G yang merupakan Setiausaha PERWAKILAN telah berbesar hati menjemput setiap ahli PERWAKILAN ke kediaman beliau yang beralamat di An Den Geiselwiesan, Frankfurt untuk jamuan Morning Coffee. Ini juga merupakan event social gathering Morning Coffee yang terakhir pada tahun 2016.

Cik Rodziah Idris telah menyediakan juadah Nasi Lemak yang enak di atas permintaan ahli-ahli PERWAKILAN berserta roti jala yang menjadi sebutan sehingga kini.

PERWAKILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rodziah di atas kesudian menjemput dan menjamu juadah yang lazat. PERWAKILAN juga mengambil kesempatan dan ruang yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi kesemua ahli PERWAKILAN dan keluarga. 

Semoga Tahun Baru 2017, PERWAKILAN dan keluarga akan lebih maju jaya, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. 



Cik Rodziah Idris, berdiri nombor dua dari kiri bersama 
Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin 
serta ahli-ahli PERWAKILAN yang hadir memeriahkan Morning Coffee
 di kediaman Setiausaha PERWAKILAN.