Wednesday 22 February 2017

Majlis Sambutan Hari Jadi Puan Dhamayanthy Singaram


Happy Birthday to our dear Puan Dhamayanthy atau lebih mesra dengan panggilan Puan Selvi, AJK Masakan PERWAKILAN yang dikasihi dan disayangi.



Pada hari Khamis yang lalu, 16hb Februari 2017, ahli-ahli PERWAKILAN telah mengaturkan Majlis kejutan istimewa sempena hari ulang tahun Puan Selvi bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Cantiknya perjalanan majlis kejutan ini kerana Yang Berbahagia Pengerusi PERWAKILAN, Puan Adina Kamarudin merangkap Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt bersama ahli-ahli PERWAKILAN  telah berbincang untuk merencanakan acara kejutan ini bersama dengan suami kepada Puan Selvi iaitu Encik S. Sivasuryarmoorthy atau lebih dikenali dengan Encik Siva.

Ahli-ahli PERWAKILAN telah menyediakan juadah yang sangat istimewa merupakan 'birthday brunch treat' kepada yang diraikan Puan Selvi. Kek harijadi Puan Selvi telah disediakan oleh Chef AJK Masakan PERWAKILAN, Puan Ling Hashim. Di kesempatan ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Puan Selvi, semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta. Best wishes always from all of us!


Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin menyerahkan Bingkisan Istimewa dari ahli-ahli PERWAKILAN kepada Puan Selvi. Enjoy the gift!













Nota:

Majlis bermula pada pukul 12.45 tengahari dan berakhir pada sekitar 2.30 petang.










Majlis Perpisahan Cik Rodziah Idris, Setiausaha Perwakilan

Cik Rodziah Idris yang diraikan (kanan), bersama dengan
Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin


Majlis Perpisahan Cik Rodziah Idris, Pembantu Setiausaha kepada Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt telah diadakan pada hari Selasa, 7hb Februari 2017. Majlis Perpisahan ini dikelolakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Majlis bermula pada pukul 6.00 petang dan berakhir pada 8.00 malam.

Majlis Perpisahan Cik Rodziah Idris dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Encik Syarqawi Muhammad disusuli dengan ucapan dan kata-kata aluan oleh Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin. Istimewanya pada malam itu, PERWAKILAN turut meraikan kedatangan Cik Hasnani Hamid, Pembantu Setiausaha yang baru bagi menggantikan Cik Rodziah Idris. Selamat Datang kami ucapkan kepada Cik Hasnani Hamid, semoga segala urusan di Frankfurt dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Di Majlis yang sama juga, PERWAKILAN telah meraikan Hari Kelahiran Ulangtahun ahli PERWAKILAN, Puan Aryanti Razali. Selamat Hari Jadi Yanti, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.

Cik Rodziah Idris telah berkhidmat selama 6 tahun sebagai Pembantu Setiausaha di Pejabat Konsulat Malaysia di Frankfurt. Beliau juga merupakan seorang Setiausaha PERWAKILAN yang aktif di dalam kegiatan sosial dan aktiviti PERWAKILAN. Majlis Perpisahan beliau meninggalkan seribu kenangan kepada setiap ahli PERWAKILAN yang hadir dan  kesedihan amat dirasai sehingga kini oleh setiap ahli PERWAKILAN. Di kesempatan ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan Selamat Pulang Bertugas ke Malaysia Cik Rodziah, semoga lebih maju jaya di dalam apa jua  bidang yang diceburi dan dilimpahkan dengan kesihatan yang baik. Harapan PERWAKILAN agar tali persahabatan yang telah terjalin sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha PERWAKILAN di Frankfurt terus utuh sesama ahli-ahli PERWAKILAN walaupun telah terpisah jauh di atas urusan kerja.



















Terima Kasih diucapkan kepada semua ahli PERWAKILAN yang telah menyediakan juadah yang enak dan istimewa di Majlis Perpisahan Cik Rodziah Idris.




Jumaat, 10hb Februari, 2017

Kepada Setiausaha Perwakilan yang dikasihi, Cik Rodziah Idris ataupun lebih mesra dengan panggilan Kak G, PERWAKILAN ingin mengucapkan Selamat Berangkat Pulang ke Malaysia! Semoga segala perancangan dan urusan sekembalinya ke tanah air dipermudahkan. Sampai kita Berjumpa Lagi di masa-masa akan datang.











Nota:

Cik Rodziah Idris telah berkhidmat sebagai Pembantu Setiausaha kepada Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, di bawah Kementerian Luar Negeri pada 4hb Mac 2011 dan akan menamatkan perkhidmatannya di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt pada 10hb Februari 2017 bagi meneruskan tugas di Ibu Pejabat, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.

Latar belakang : Cik Rodziah Idris mula berkhidmat di bawah Kementerian Luar Negeri pada 10hb Julai 1997. Beliau juga pernah berkhidmat di Konsulat Malaysia Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Perth, Australia.