Monday 6 March 2017

Mesyuarat Agung Perwakilan Frankfurt Sesi 2017


Yang Berbahagia Puan Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Adina Kamarudin bersama ahli-ahli PERWAKILAN memotong kek yang telah disediakan oleh Puan Dhamayanthy Singaram sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Sesi 2017.

Yang Pertama dari Kiri : Puan Aryanti Razali, Puan Yaumee Hayati M. Nawi, Puan Ling Hassim, 
Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt; Puan Adina Kamarudin, 
Setiausaha  Perwakilan; Cik Hasnani Hamid, Puan Sharida Ahmad Shahidan, 
Puan Dhamayanthy Singaram dan Cik Noramirah Yusoff


Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt 2017 telah diadakan pada hari ini Isnin, 6hb Mac, 2017 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Sesi mesyuarat bermula pada pukul 1030 pagi dengan ucapan dan kata-kata aluan oleh Yang Berbahagia Puan Pengerusi Perwakilan Frankfurt, Puan Adina Kamarudin. Mesyuarat mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit dan di antara perkara yang dibincangkan adalah :-

  • Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Sesi 2016.
  • Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Sesi 2016 oleh Cik Noramirah Yusoff.
  • Pembentangan Laporan Aktiviti-aktiviti Tahunan Sesi 2016.
    1. Ketua AJK Masakan - Puan Ling Hassim
    2. Ketua AJK Sosial & Kebudayaan, Agama, Kebajikan & Sukan - Cik Noramirah Yusoff.
  • Pembubaran AJK PERWAKILAN Sesi 2016.
  • Perlantikan AJK PERWAKILAN Sesi 2017.
  • Perbincangan aktiviti yang terdekat adalah 'Program Bersama PERWAKILAN Brussels' pada 8hb April, 2017 ke Bonn sempena Cherry Blossom Festival dan juga Taste of the World yang akan diadakan pada 20hb Mei, 2017 di Internationale Schule Frankfurt Rhein-Main (ISF).
  • Lain-lain perkara.
Sebelum sesi mesyuarat berakhir, Yang Berbahagia Puan Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Adina Kamarudin telah berbesar hati menyediakan cenderahati kepada setiap ahli PERWAKILAN yang hadir di Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2017. Yang Berbahagia Puan Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Adina Kamarudin turut menyampaikan cenderahati kepada setiap ahli PERWAKILAN. Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Pengerusi PERWAKILAN merangkap Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin.

Dengan berakhirnya Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2017 pada pukul 1:00 tengahari, kesemua ahli PERWAKILAN yang hadir menjamu selera dengan hidangan makanan tengahari Nasi Ayam istimewa yang telah disediakan secara potluck terancang.


Nota:

Laporan terperinci mengenai Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2017 ini boleh diperolehi dari Minit Mesyuarat Agung PERWAKILAN Frankfurt 2017.










Juadah Nasi Ayam yang istimewa bersama pemanis mulut telah disediakan oleh Ahli-ahli PERWAKILAN secara Potluck Terancang.