Friday 22 June 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H


Seluruh umat Islam di dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 15hb Jun 2018 bersamaan 1 Shawwal  1439H. 

Di kesempatan ini, para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt ingin mengucapkan,


"May you be blessed with peace on Eid-ul-fitr and Always…
Eid Mubarak"


Tschuss!!! Vielen Dank!!!

MAJIS IFTAR DAN TAHLIL

Perwakilan Malaysia–Frankfurt telah menerima jemputan undangan ke Majlis Iftar dan Tahlil daripada dua orang ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu Puan Ling Hassim dan Cik Noramirah Yusuff.  Jemputan tersebut berlangsung hanya selang sehari sahaja.


Jemputan Pertama

Dimulai oleh Puan Ling Hassim.  Beliau telah berbesar hati menjemput semua para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt dan keluarga masing-masing untuk hadir ke Majlis Iftar dan Tahlil.

Majlis Iftar dan Tahlil telah berlangsung pada 1 haribulan Jun 2018 di kediaman beliau.

Majlis bermula pada pukul 8.30 malam dan dimulai dengan majlis tahlil untuk allahyarhamah bonda Puan Ling Hassim. Majlis diketuai dengan bacaan doa oleh suami Puan Ling Hassim sendiri iaitu Encik Syarqawi Muhammad.




Selepas selesai bacaan doa, majlis iftar pun bermula. Tuan rumah telah mempersilakan tetamu menjamu selera dengan hidangan nasi minyak ala Terengganu bersama gulai daging. Hidangan lain pula adalah seperti udang celup tepung, sayur goreng Spargel, gulai kambing dan ayam goreng. Manakala pencuci mulut pula adalah ‘taufufah’.







Di antara menu lain pula adalah sumbangan daripada para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu bergedil ‘vege’, pecal kacang, ayam panggang, bubur kacang, agar-agar, kek dan buahan.










Kesempatan berkumpul bersama semua para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt, Puan Ling Hassim telah menyuarakan hasrat untuk mengadakan program rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang kunjung tidak lama lagi. Majlis tersebut akan turut disertai oleh keluarga masing-masing dan juga para pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Majlis Amanah Rakyat (MARA). Program tersebut akan berlangsung di Dewan Tun Ghazali Shafie , Pejabat Konsult Jeneral Malaysia-Frankfurt.  

Puan Ling Hassim juga mengambil kesempatan untuk membincangkan menu hidangan yang akan dimasak oleh para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt bagi program tersebut nanti.

Berakhirnya sesi perbincangan bersama para ahli Perwakilan Malaysia-Frakfurt, majlis iftar dan tahlil pun menutup tirai dan bersurai pada pukul 11.30 malam.



Jemputan Kedua

Cik Noramirah Yusuff juga telah menyuarakan hasrat hati menjemput para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt dan keluarga untuk hadir ke Majis Iftar di kediaman beliau.

Jemputan dipanjangkan oleh beliau sendiri semasa di kediaman Puan Ling Hassim sehari sebelum majlis tersebut berlangsung iaitu 2 haribulan Jun 2018.

Antara menu hidangan adalah nasi minyak, kurma kambing, jelatah, ‘Yong Tau Fu’. 









Menu hidangan lain pula adalah sumbangan para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt iaitu sup daging, mee kari, roti bom, puding buahan, pai ayam, aiskrim milo dan buah-buahan.







Majlis telah berakhir dan bersurai pada pukul 11.00 malam.



Dilampirkan foto-foto memori di kedua-dua majlis tersebut.

Di kediaman Puan Ling Hassim




Di kediaman Cik Noramirah Yusuff





Perwakilan Malaysia-Frankfurt mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ahli Perwakilan, Puan Ling Hassim dan Cik Noramirah Yusuff di atas jemputan dan kesudian menganjurkan program Majlis Iftar dan Tahlil.  Semoga dimurahkan rezeki bagi kedua-dua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt.

Tschuss!!! Vielen Dank!!!

RAMADHAN KEMBALI BUAT UMAT ISLAM PADA 2018


Bagi penganut beragama Islam di Frankfurt, Jerman, bulan Ramadhan jatuh pada 16 haribulan Mei 2018 bersamaan 1 Ramadhan 1439. 

Disertakan lampiran notis pemberitahuan daripada Islamic Federation Berlin.




Perwakilan Malaysia-Frankfurt ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa".

Tschuss!!! Vielen Dank!!!

WORLD FEST versus TASTE OF THE WORLD (TOTW) 2018


World Fest adalah salah satu program tahunan bagi sekolah antarabangsa iaitu Frankfurt International School, Oberursel.



Objektif program ini adalah hampir sama dengan Taste of The World (TOTW) bagi sekolah International School Frankfurt Rhein-Main iaitu jualan amal untuk makanan daripada pelbagai negara.

Program tersebut telah berlangsung sehari selepas Taste of The World (TOTW). 

Untuk maklum, hanya seorang ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt yang terlibat di dalam program tersebut. Beliau adalah  Puan Sharida Ahmad Shahidan.  Beliau juga ahli tunggal yang mempunyai anak yang bersekolah di situ.

Puan Sharida Ahmad Shahidan tidak menyertai ‘booth’ untuk Malaysia bagi program World Fest 2018. Beliau hanya turut serta di ‘booth’ bersama Persatuan IbuBapa Sekolah (Parent Network) di sekolah tersebut.

Sekalung terima kasih Puan Sharida Ahmad Shahidan di atas kerja amal yang beliau lakukan.

Disertakan foto-foto memori pada hari tersebut,








 



Tschuss!!! Vielen Dank!!!

Nota Kaki
Selamat Hari Ibu Sedunia 2018 buat semua para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt pada 13 Mei.

TASTE OF THE WORLD (TOTW) 2018 – FINALE

Hari yang dinanti-nantikan telah kunjung tiba buat semua para ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt.

Dengan kata sepakat semua para ahli Perwakilan telah berkumpul di ‘booth’ jualan pada pukul 11.00 pagi. ‘Final touch’  persiapan telah dipergiatkan lagi dengan persiapan rapi bagi mempamerkan segala hidangan untuk dijual.



Acara kemuncak telah bermula tepat pukul 12.00 tengahari.

Pelbagai bangsa telah berkunjung di ‘booth’ Malaysia. Para Ibubapa, Guru-guru dan juga para pelajar sekolah telah memberi sokongan yang padat dan menggalakkan. 








Pengunjung tertarik dengan hidangan yang telah dipamerkan dan secara tidak langsung telah membeli pelbagai juadah yang telah dijual oleh para ahli Perwakilan. 










Kunjungan tak putus-putus sehingga para ahli Perwakilan telah menerima kejutan dengan kunjungan terhormat di ‘booth’ Malaysia iaitu Konsul Jeneral Malaysia-Frankfurt iaitu Yang Berusaha Encik Mukudan Madavan.  Sekalung terima kasih buat Encik Mukudan Madavan kerana sudi datang bagi memeriahkan lagi acara dan juga telah memberi sokongan moral dan fizikal buat semua para ahli Perwakilan.





‘Booth’ Malaysia juga telah menerima kunjungan terhormat daripada Pengarah Sekolah iaitu Puan Denise Sinclair. Para ahli Perwakilan tidak ketinggalan beramah mesra dengan beliau dan suami. Untuk makluman, Puan Denise Sinclair pernah berkhidmat di sekolah antarabangsa di Malaysia.





Tidak ketinggalan juga ‘booth’ Malaysia telah menerima kunjungan terhormat daripada Koordinator Pelajar Sekolah Rendah dan Pra-Sekolah iaitu Puan Cristina Jarque.

Berakhirnya sudah program jualan amal Pewakilan Malaysia-
Frankfurt  yang berlangsung di International School Frankfurt Rhein-Main pada pukul 3.30 petang.  Para ahli Perwakilan telah bertungkus lumus di ‘booth’ dengan membersihkan kotoran, dan menanggal dekorasi pameran. 
Akhirnya selesai sesi pembersihan pada pukul 4.30 petang.

Jutaan terima kasih buat semua ahli Perwakilan di atas keringat membanting tulang dan kerjasama menjayakan program tersebut.




Dilampirkan foto-foto memori,























Tschuss!!! Vielen Dank!!!

Nota Kaki
Ketidakhadiran
Puan Ling Hassim disebabkan beliau telah kembali ke Malaysia di atas urusan keluarga.