Useful Information

Sunday, 13 May 2012

Kunjungan Timbalan Menteri Luar Negeri

Konsulat Jeneral Frankfurt telah mendapat kunjungan Timbalan Menteri Luar Negeri YB Senator A. Kohilan Pillay semalam Sabtu 12 Mei 2012 jam 6:00 petang. Sempena kunjungan tersebut, satu pertemuan  dengan sebahagian pelajar Malaysia yang belajar di kawasan berdekatan telah diatur.

Kesempatan bertemu dengan para pelajar tersebut diisi dengan taklimat, sesi soal-jawab dan sesi bergambar beramai-ramai. Majlis yang diakhiri dengan jamuan makan malam tersebut telah disediakan secara potluck terancang oleh Perwakilan Frankfurt.

Antara yang sempat dirakam..

Pelajar-pelajar Malaysia bergambar bersama Timbalan Menteri Luar Negeri dan warga Konsulat


Menyiapkan meja hidangan..


Perwakilan bergambar bersama..


Menjamu selera..


Antara pelajar yang hadir..