Semalam Khamis 1hb. November 2012, PERWAKILAN telah mengadakan majlis perpisahan untuk Puan Nur Aainaa Farhana Che Awang. Beliau yang dijangka pulang ke Malaysia minggu depan untuk memulakan kerjaya sebagai doktor pada hujung bulan ini telah menghabiskan cuti tanpa gaji selama setahun menemani suaminya bertugas di sini. Majlis yang diadakan pada 11 pagi tersebut diadakan di bangunan konsulat. Seperti kebiasaan juga, hidangan kali ini merupakan potluck terancang oleh PERWAKILAN.
Friday, 2 November 2012
Saturday, 27 October 2012
Aidil Adha..
Pagi semalam, Jumaat 10 Zulhijah 1433 H bersamaan 26 Oktober 2012 M, warga konsulat Malaysia Frankfurt yang beragama Islam telah berkumpul semula di bangunan konsulat bagi menunaikan solat sunat Aidil Adha. Majlis yang bermula jam 9:00 pagi tersebut diketuai oleh Encik Zulkiply Endut.
Wednesday, 10 October 2012
Potluck High Tea
Semalam, Selasa 9 Oktober 2012, satu majlis Potluck High Tea bersama Chef Dato' Ismail Ahmad telah diadakan di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Di Frankfurt. Selain ahli PERWAKILAN Frankfurt, ahli-ahli MCD (Malaysian Club Deutschland e.v) juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis yang bermula jam 4:00 petang tersebut berakhir jam 5:30 petang. Kepada yang hadir, terima kasih banyak-banyak atas sumbangan yang dibawa.. semoga kita dapat berkumpul lagi di masa akan datang pula..
Morning Coffee ~ Cik Rodziah Idris
Lain dari yang..itulah yang dapat disimpulkan mengenai morning coffee kali ini..kebiasaan diadakan di waktu pagi, tetapi kali ini tuan rumah, Cik Rodziah Idris yang juga merupakan Setiausaha PERWAKILAN Frankfurt sessi ini memilih untuk mengadakannya pada waktu tengahari.
Thursday, 27 September 2012
Sambutan Hari Kebangsaan 2012 Di Frankfurt
Semalam, Rabu 26 September 2012, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah mengadakan majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke 55 di Dewan Dechema, Frankfurt am Main. Majlis yang bermula jam 6 petang tersebut dan berakhir jam 7 malam telah dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan khas Konsulat Jeneral. Walaupun tidak terlibat secara langsung di dalam urusan penyediaan makanan kali ini, PERWAKILAN turut hadir pada petang tersebut bagi mempastikan perjalanan sambutan berjalan lancar.
Thursday, 20 September 2012
Dulu Berdua..Kini Bertiga..
Mendapat cahayamata..impian setiap wanita bergelar isteri..itulah lumrah kehidupan..
Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Aainaa Farhana Che Awang dan suami, Encik Khairul Nizam Jamalus (Konsul Latihan dan Pendidikan) di atas kelahiran cahayamata pertama seberat 3.4 kg pada pagi 26 Ogos 2012 lalu. Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Adam dilahirkan normal di salah-sebuah hospital di bandar Frankfurt. Berkongsi kegembiraan tersebut, PERWAKILAN telah membuat kunjung ziarah ke kediaman beliau di Frankfurt pada Rabu, 19 hb September 2012. Alhamdulillah, beliau dan Adam berada dalam keadaan sihat sejahtera. Menceritakan saat-saat kelahiran dan tempoh berpantang, ternyata ia pengalaman paling berharga.. indahnya menjadi ibu.. kebahagiaan tiada tara..
Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Aainaa Farhana Che Awang dan suami, Encik Khairul Nizam Jamalus (Konsul Latihan dan Pendidikan) di atas kelahiran cahayamata pertama seberat 3.4 kg pada pagi 26 Ogos 2012 lalu. Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Adam dilahirkan normal di salah-sebuah hospital di bandar Frankfurt. Berkongsi kegembiraan tersebut, PERWAKILAN telah membuat kunjung ziarah ke kediaman beliau di Frankfurt pada Rabu, 19 hb September 2012. Alhamdulillah, beliau dan Adam berada dalam keadaan sihat sejahtera. Menceritakan saat-saat kelahiran dan tempoh berpantang, ternyata ia pengalaman paling berharga.. indahnya menjadi ibu.. kebahagiaan tiada tara..
Monday, 20 August 2012
Hari Ini Raya!
Berakhirnya Ramadhan semalam Sabtu, 19 Ogos 2012, genaplah 30 hari kami berpuasa, rukun Islam keempat. Bermulalah Syawal bulan yang mulia..hari ini Aidilfitri disambut gembira tanda kemenangan memerangi hawa nafsu, menahan diri dari lapar dan dahaga..juga perkara-perkara yang membatalkan puasa.. Untuk semua yang beragama Islam 'Selamat Berhari Raya.. Minal Aidil Wal Faizin'
Saturday, 28 July 2012
Majlis Perpisahan En. Mohamad Sabri Ab. Rahman Dan Keluarga
Malam Ini Menanam Jagung
Malam Esok Menanam Serai
Malam Ini Kita Berkampung
Malam Esok Kita Bersurai
Tiga tahun terasa cepat berlalu..sedar tak sedar kali ini giliran En. Mohamad Sabri Ab. Rahman dan keluarga pula meninggalkan kami. En. Sabri yang memulakan tugasan di Pejabat MATRADE, Frankfurt pada Ogos 2009 bakal pulang ke Malaysia for good pada awal bulan hadapan.. Jumaat, 27 Julai 2012 merupakan hari ke lapan (8) kami warga konsulat berpuasa di bumi Frankfurt... hari yang sama juga kami berkumpul beramai-ramai meraikan beliau dan keluarga di dalam majlis berbuka puasa di bangunan konsulat.
Malam Esok Menanam Serai
Malam Ini Kita Berkampung
Malam Esok Kita Bersurai
Tiga tahun terasa cepat berlalu..sedar tak sedar kali ini giliran En. Mohamad Sabri Ab. Rahman dan keluarga pula meninggalkan kami. En. Sabri yang memulakan tugasan di Pejabat MATRADE, Frankfurt pada Ogos 2009 bakal pulang ke Malaysia for good pada awal bulan hadapan.. Jumaat, 27 Julai 2012 merupakan hari ke lapan (8) kami warga konsulat berpuasa di bumi Frankfurt... hari yang sama juga kami berkumpul beramai-ramai meraikan beliau dan keluarga di dalam majlis berbuka puasa di bangunan konsulat.
Saturday, 16 June 2012
Kunjungan Ziarah Ke Rumah En Gafurr Durmishi
Semalam Jumaat 15 Jun 2012, satu kunjungan ziarah telah dibuat oleh PERWAKILAN Frankfurt ke rumah En. Gafurr Durmishi yang merupakan salah seorang locally recruited staff di Pejabat Konsul Jeneral. Lebihkurang jam 12 tengahari, rombongan PERWAKILAN Frankfurt yang diketuai oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham sampai di kediaman beliau untuk berkongsi rasa kegembiraan beliau dan isteri mendapat anak lelaki. Anak kedua di dalam keluarga tetapi merupakan anak lelaki pertama bagi keluarga ini telah selamat dilahirkan 1 Mei 2012 lepas.
Friday, 15 June 2012
Orange Morning Coffee ~ Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah
Jingga menjadi tema tuan rumah untuk morning coffee bulan ini. Sana-sini jingga..mencipta keindahan tersendiri.. Puan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah, tuan rumah morning coffee kali ini memilih untuk mengadakan majlis ini semalam, Selasa 14 Jun 2012 di kediaman beliau di Hattersheim. Majlis yang bermula jam 10:30 pagi itu, dimulakan dengan aktiviti makan-makan. Laksa penang dan nasi beriani ayam menjadi pilihan tuan rumah kali ini. Kuih-muih tidak ketinggalan. Majlis kali ini juga diisi dengan Parti Tupperware..tetapi kali ini didemonstrasi oleh Puan Ku Asma Muehlenberg pula.. Terima kasih kepada semua yang hadir, terima kasih atas sokongan yang diberi..
Wednesday, 6 June 2012
Congrats!
Piala kemenangan milik Frankfurt lagi! Itulah keputusan rasmi Karnival Sukan Tahunan Berlin-Frankfurt terbaru. Berlangsung di Berlin, karnival tiga hari yang bermula dari Jumaat, 1 Jun dan berakhir Ahad, 3 Jun tersebut mempertaruhkan acara ping-pong, golf, bowling dan badminton.
Berkumpul sekali setahun untuk bersukan bersama ternyata menambahkan kemesraan yang ada, keeratan terasa. Terima kasih semua. Tahun depan, kami pula menjadi tuan rumah.. silakan semua.. turun ke Frankfurt pula!
Berkumpul sekali setahun untuk bersukan bersama ternyata menambahkan kemesraan yang ada, keeratan terasa. Terima kasih semua. Tahun depan, kami pula menjadi tuan rumah.. silakan semua.. turun ke Frankfurt pula!
Wednesday, 30 May 2012
Black&White Morning Coffee ~ Puan Siti Roha Ibrahim
Hitam-putih kehidupan..itulah tema pilihan morning coffee kali ini. Diadakan di Kronberg semalam, Selasa 29 Mei 2012, morning coffee ini dihadiri ahli-ahli PERWAKILAN dan kenalan. Bermula jam 10:30 pagi, semua yang hadir dijamu tuan rumah, Pn Siti Roha Ibrahim dengan salah-satu masakan exotik Kelantan yang menjadi permintaan ramai, nasi kerabu kuning. Selesai menjamu selera, masing-masing bersantai dengan parti Tupperware brand pula..
Friday, 25 May 2012
Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2012/2013
Persatuan Wanita Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt telah bersidang semula semalam Khamis 24 Mei 2012 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2012/2013 tersebut telah dimulakan jam 10 pagi dengan dimulakan dengan kata aluan oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham. Turut berucap di dalam mesyuarat ini ialah Penasihat Kehormat PERWAKILAN Frankfurt, En John K Samuel.
Sunday, 13 May 2012
Kunjungan Timbalan Menteri Luar Negeri
Konsulat Jeneral Frankfurt telah mendapat kunjungan Timbalan Menteri Luar Negeri YB Senator A. Kohilan Pillay semalam Sabtu 12 Mei 2012 jam 6:00 petang. Sempena kunjungan tersebut, satu pertemuan dengan sebahagian pelajar Malaysia yang belajar di kawasan berdekatan telah diatur.
Taste of The World
Meriah! Itulah yang dapat digambarkan suasana Taste of The World yang telah berlangsung semalam, Sabtu, 12 Mei 2012 di ISF (ISF Internationale Schule Frankfurt-Rhein-Main). Perayaan yang bermula jam 12 tengahari itu mempamerkan pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan oleh pelbagai negara untuk dicuba keenakannya oleh pengunjung. Negara Malaysia memilih menu nasi putih, acar rampai, daging masak lada hitam, ayam masam-manis dan kuih bakar serta karipap sebagai jualan pada hari tersebut. Hasil keuntungan jualan pada hari tersebut disumbangkan ke Tabung PERWAKILAN Frankfurt dan juga untuk Tabung Projek Kenya ISF.
Saturday, 28 April 2012
Purple Morning Coffee ~ Puan Sarinah Ali
Morning coffee ungu diberi nama.. kali ini dihostkan oleh Puan Sarinah Ali semalam, Jumaat 27 April 2012 jam 10:00 pagi di kediaman beliau di Friedrichsdorf. Dalam majlis morning coffee kali ini, semua ahli yang hadir telah berkesempatan mempelajari cara-cara membuat laksam Kelantan. Terima kasih kami kepada Puan Sarinah sebagai tuan rumah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Puan Rahizam kerana sudi meluangkan masa menunjukcara.
Tuesday, 3 April 2012
Kelas Masakan PERWAKILAN
Kelas Masakan anjuran bersama PERWAKILAN Frankfurt - MCD (Malaysian Club Deutschland e.V.) telah diadakan di kediaman rasmi Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt pada Isnin, 2 April 2012 jam 10:30 pagi. 'Hands on' aktiviti yang telah disertai oleh ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt dan beberapa ahli MCD ini telah dikendalikan oleh Chef Claude. Selain menambah ilmu di dada, aktiviti yang julung kali diadakan seumpamanya ini juga telah berjaya mengukuhkan lagi ukhuwah di kalangan ahli.
Friday, 2 March 2012
Morning Coffee dan Farewell Puan Norsyika Diana
Jumaat, 2 Mac 2012.. dua dalam satu.. begitulah ungkapan yang selalu diberi.. Majlis Morning Coffee bulanan juga Majlis Perpisahan Konsulat untuk Puan Norsyika Diana Che Othman dan keluarga telah diadakan serentak pada pagi tadi di Bangunan Konsulat Malaysia di Frankfurt. Majlis tersebut telah diadakan jam 11 pagi bagi memberi laluan untuk kepada kaum muslimim mengerjakan solat Jumaat pada waktu tengaharinya..
Saturday, 11 February 2012
Kegembiraan Berganda..
Hadirnya menambah seri dalam keluarga.. Fatima Zahra nama diberi.. bayi comel Puan Norsyika Diana seberat 3.3kg ini lahir normal pada pagi Khamis, 12 Januari lepas di salah sebuah hospital di bandar Frankfurt. Bertujuan bertanya khabar dan mendengar cerita, PERWAKILAN Frankfurt diketuai oleh Puan Karen George Abraham telah pergi bersama-sama melawat Puan Norsyika dan anak di kediaman beliau di Oberursel semalam, Jumaat 10 Februari 2012. Sentiasa ceria dan murah senyuman, Puan Norsyika menyambut kami dengan tangan terbuka.
Tuesday, 7 February 2012
Maulud Nabi
Hari ini, Selasa 7 Februari 2012 keluarga besar Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt berkumpul lagi di bangunan pejabat.. kali ini untuk sama-sama meraikan Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad lepas 5 Februari 2012 M / 12 Rabiulawal 1433 H. Majlis yang bermula jam 5:30 petang itu didahului dengan sembahyang maghrib berjemaah, tazkirah diikuti dengan bacaan yassin dan selawat ke atas rasul. Selesai berselawat, masing-masing menjamu selera yang dibawa khas oleh PERWAKILAN secara pot-luck terancang.
Friday, 3 February 2012
Makan Lagi!
Jumaat 11 pagi, 2 Februari 2012..
Mengatur langkah berjalan seiringan.. kali ini ke kediaman rasmi Pengerusi PERWAKILAN Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Karen George Abraham.
Sepakat untuk menikmati hidangan tengahari secara pot-luck ala kampung.. nasi putih, ikan sumbat, singgang ikan.. ulam-ulaman dan sambal belacan tidak ketinggalan. Sambil makan sambil borak-borak, kesempatan ini juga digunakan untuk berbincang aktiviti-aktiviti PERWAKILAN yang bakal diadakan bulan ini dan bulan-bulan seterusnya.. hemm.. aktiviti apa ya? Tunggu liputan kami akan datang..
Sengaja tidak mengabadikan gambar-gambar aktiviti kali ini.. jemu mungkin asyik menatap wajah-wajah yang sama?
Friday, 27 January 2012
Green Coffee Morning ~ Puan Shamsidah, Cik Rodziah dan Puan Fadillah
Morning coffee kali ini menyuntik kelainan. Selain bertemakan warna hijau, ia dihost secara trio oleh ahli-ahli PERWAKILAN yang bekerja iaitu Puan Shamsidah Salahudin, Cik Rodziah Idris dan juga Puan Fadillah Hashim. Kesibukan bekerja seharian ternyata tidak menjadi alasan mereka untuk terasing di kalangan ahli PERWAKILAN berstatus surirumah sepenuh masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)