Tujuan Dan Matlamat

Tujuan dan matlamat penubuhannya adalah:
  • Menggalak dan menjalin hubungan baik antara isteri-isteri pegawai, pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita di Konsulat. Memupuk semangat persahabatan, kekitaan dan kebanggaan kepada bangsa dan tanahair.
  • Menggalak dan melibatkan ahli-ahli di dalam kerja-kerja amal bagi kepentingan ahli dan keluarga mereka serta masyarakat Malaysia. Membantu ahli-ahli dan keluarga mereka yang baru tiba di Frankfurt, Germany.
  • Menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti Persatuan.
  • Memberikan pendidikan kepada ahli-ahli dan anak-anak, terutama dalam bidang pengetahuan alam, bahasa, agama dan akhlak.
  • Berikhtiar dengan sepenuhnya bagi meninggikan imej dan nama baik Malaysia di Frankfurt, Germany dengan kemahiran mengenai budi bahasa adat resam dan tradisi Malaysia.
  • Berusaha mengemukakan atau menunjukkan hasil-hasil perusahaan kesenian dan kebudayaan Malaysia kepada masyarakat orang Jerman dan masyarakat antarabangsa di Frankfurt.
  • Mengadakan program-program lawatan dua hala dengan Persatuan Wanita tempatan dan lain-lain untuk bertukar-tukar pandangan dan bekerjasama dalam rancangan-rancangan yang berkaitan dengan wanita di Frankfurt.
  • Menyertai usaha-usaha kebajikan yang dianjurkan oleh badan-badan amal dan kebajikan di Frankfurt, umpamanya derma kebajikan.
  • Mengadakan majlis forum, syarahan, ceramah dan pertunjukan filem kepada tetamu tempatan/Malaysia.