Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Wednesday, 3 April 2019

Memori 2018 - Lawatan ke Bandar Oberursel & Oberursel Old Town





Pada 27 November 2018, Perwakilan telah membuat lawatan ke Bandar Oberursel dan Oberursel Old Town. Program lawatan telah diketuai oleh Pn. Sharida Ahmad Shahidan selaku ketua AJK Sosial dan Kebajikan.

Oberursel adalah sebuah bandar di Hesse. Bandar ini terletak di kawasan pergunungan Taunus di Hesse, utara Frankfurt.

Program bermula pada jam 9.30 pagi dimana semua ahli berkumpul di kediaman Pn. Sharida sebelum menikmati morning coffee/sarapan di Restoran Epinay, Oberursel.


morning coffee di Restoran Epinay, Oberursel

Kami berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah disekitar bandar Oberursel. Tarikan utama di Oberursel adalah The Altstadt ( old town area), penempatan yang kebanyakannya terdiri daripada rumah-rumah separuh kayu. Transisi senibina di Oberursel dapat dilihat apabila menyusuri jalan-jalan disekitar bandar ini daripada senibina medieval ke senibina moden.


Historic Rathaus ( town hall)

The St. Ursula Church, the landmark of Oberursel

barisan rumah-rumah separuh kayu yang masih kekal

Hospitalkirche, Gereja yand dibina pada abad ke 18

rumah-rumah separuh kayu

Disekitar bandar Oberursel juga terdapat beberapa statue (tugu) dan fountain  yang membuatkan bandar ini unik dan bersejarah.

Statue of a jester and a woman on a mule


fountain in the square



Di akhir lawatan, Perwakilan juga berkesempatan ke Taunus Information Centre untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan bandar Oberursel dan sekitarnya.




Memori 2018 - High Tea bersama H.E Ambassador Datin Sarah Al Bakri Devadason

High Tea bersama H.E Ambassador Datin Sarah Al Bakri Devadason


Pada 31 Oktober 2018, Perwakilan Frankfurt sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk mengadakan sesi beramah mesra dengan Puan yang Terutama Datin Sarah Al Bakri Devadason pada majlis High Tea yang diadakan di Pejabat Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt. Majlis ini bermula pada jam 5 petang dan berakhir sekitar jam 6.30 petang.


Datin Sarah Al Bakri Devadason bersama ahli-ahli Perwakilan menikmati hidangan 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Datin Sarah Al Bakri Devadason yang sudi meluangkan masa bersama ahli-ahli Perwakilan walaupun sibuk menghadiri acara rasmi di Frankfurt.  Terima kasih juga atas segala perkongsian dan nasihat yang diberikan pada majlis tersebut.




Memori 2018 - Aktiviti 'Jom Cucuk Sate' sempena Majlis Gala Malaysian Club Deutschland

Pada 13 September 2018, ahli-ahli Perwakilan telah mengambil kesempatan untuk sama-sama terlibat dalam persediaan untuk Majlis Gala Dinner yang akan dianjurkan oleh Malaysian Club Deutschland pada 15 September 2018.


gotong royong aktiviti 'Jom Cucuk Sate'




Ahli-ahli Perwakilan telah membantu dalam penyediaan mencucuk sate secara gotong royong. Perwakilan turut mengalu-alukan kehadiran ahli Perwakilan yang baru tiba ke Frankfurt iaitu Puan Sherrina.




Memori 2018 - Mesyuarat Perwakilan & Welcome Brunch

Mesyuarat Perwakilan dan Welcoming Brunch

Pada 11 Julai 2018, Perwakilan telah mengadakan sesi Mesyuarat Perwakilan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt.

Didalam mesyuarat kali ini ahli-ahli membincangkan program-program yang akan diadakan sepanjang tahun 2018.

Perwakilan juga telah berbesar hati meraikan kehadiran ahli Perwakilan yang baru ke Frankfurt iaitu Puan Elizayana Mohd Nordin, isteri kepada Encik Ardi Shah Erwan Abdul Rahim, Konsul Muda Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt dan Puan Nur Asnida Hussin, Konsul Muda, Pejabat Pendidikan dan Latihan dibawah JPA.




The Welcoming Brunch bermula sebaik sahaja berakhirnya sesi mesyuarat Perwakilan . Ahli-ahli Perwakilan telah mengadakan 'potluck terancang' untuk hidangan pada sesi tersebut.

Bihun Goreng

Pelbagai pilihan kuih muih

pelengkap hidangan untuk Nasi Lemak

tidak lupa ayam goreng dan paru goreng berlada

Monday, 2 July 2018

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H PERWAKILAN MALAYSIA-FRANKFURT



Sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri telah diadakan dengan sederhana pada 15hb Jun 2018, bertempat di Dewan Tun Ghazali Shafie, di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia-Frankfurt.



Semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt bersama ahli keluarga masing-masing dijemput hadir untuk turut serta meraikan program tersebut.

Majlis tersebut juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelajar tajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Semua pelajar tersebut  telah mengesahkan kehadiran kepada Encik Nur Ahmad Fadhli Mohd Naim iaitu Konsul Pendidikan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Cik Noramirah Yusuff iaitu Konsul Muda dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 83 orang pelajar yang telah hadir.

Tidak ketinggalan juga dengan kehadiran pengerusi kelab Friends of 1Malaysia Germany (F1MG), Dato' Noraini Anne Bechler bersama anak-anak turut serta memeriahkan majlis tersebut.




Para hadiran telah mula membanjiri majlis tepat pada pukul 8.30 pagi dengan berpakaian tradisi hari raya iaitu baju melayu berkain sampin bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan.




Semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt telah bekerjasama menyediakan juadah hidangan hari raya.  Menu utama pada hari tersebut adalah nasi minyak, gulai daging, rendang daging, ayam masak merah, satay ayam, kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh dan jelatah.


Menu juadah hidangan hari raya tersebut telah disediakan oleh-
1. Nasi Minyak – Puan Ling Hassim Ling dan Cik Noramirah Yusuff
2. Gulai Daging – Puan Ling Hassim dan dibantu oleh Puan Ariyanti Razali
3. Rendang Daging – Puan Ling Hassim dan dibantu oleh Puan Ariyanti Razali
4. Ayam Masak Merah – Puan Yaumee Haryati M.Nawi dan Cik Noramirah Yusuff
5. Satay Ayam – Puan Ling Hassim dan dibantu oleh Puan Ariyanti Razali
6. Kuah Kacang – Puan Ariyanti Razali
7. Nasi Impit – Puan Ariyanti Razali
8. Kuah Lodeh – Kerjasama daripada kakitangan agensi Pembadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) iaitu Puan Nora Othman dan pelajar tajaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Puan Nor Azizah Othman
9. Jelatah - Puan Yaumee Hayati M.Nawi dan Cik Noramirah Yusuff







Minuman pula telah disediakan oleh Cik Noramirah Yusuff dan Puan Ariyanti Razali. Di antara minumam tersebut adalah teh tarik, teh ‘O’,  kopi susu dan air kordial ala Frankfurt.


Kerjasama dan inisiatif telah diambil oleh semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt bagi menyediakan pencuci mulut, buah-buahan, biskut dan kek  iaitu Puan Ling Hassim, Puan Rozila Jurimi, Puan Yaumee Hayati M.Nawi, Puan Ariyanti Razali dan Cik Noramirah Yusuff.











Pengerusi kelab F1MG, Dato' Noraini Anne Bechler juga turut menyumbangkan sebiji kek iaitu kek keju.

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dengan dimulai alunan takbir hari raya. Selepas alunan takbir hari raya selesai berkumandang, diikuti pula dengan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dan kemudiannya khutbah Hari Raya.  Sembahyang sunat dan khutbah hari raya telah dipimpin oleh Encik Syarqawi Muhammad iaitu Konsul Pendidikan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  











Majlis seterusnya beramah mesra sambil menjamu selera bersama dengan semua pelajar tajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta keluarga masing-masing dari semua agensi kakitangan perkhidmatan yang berpangkalan di Frankfurt, Jerman iaitu pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pembangunan Pelaburan (MIDA), Pembadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)  dan juga Lembaga Pengalakkan Pelancongan Malaysia (TOURISM Malaysia) serta kelab Friends of 1Malaysia Germany (F1MG).





Silaturrahim lebih erat terjalin disamping kerinduan untuk beraya di kampung halaman serta menjamu juadah tradisi hari raya terubat rindu bagi program ini. 

Program diakhiri dengan upacara bergambar beramai-ramai dan gotong-royong membersihkan dewan. 



Tidak lengkap kiranya majlis ini tidak dipotret memori  yang akan dikenang selamanya.  Maka sesi bergambar bersama-sama rakan masing-masing buat kenangan.  Manakala sesi bergambar untuk semua yang terlibat telah dilakukan di luar pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.


Selesai sudah merakamkan memori Hari Raya Aidilfitri, semua ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt dan semua hadirin pun bersurai sambil bermaafan sesama sendiri.




Sekalung terima kasih kepada Encik Syarqawi Muhammad iaitu Konsul Pendidikan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku ketua projek untuk program ini dan buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.  

Majlis ini sungguh tidak diduga mendapat sambutan yang merangsangkan dan penuh gilang-gemilang daripada semua pihak.  Secara tidak langsung mengubat jua rindu kepada keluarga yang jauh di bumi tanahair di Malaysia.  Program ini juga boleh dikatakan acara tahunan untuk Perwakilan Malaysia-Frankfurt.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan  Maaf Zahir Batin daripada kami semua ahli-ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt yang jauh di perantauan di bumi, Frankfurt, Jerman.


Dilampirkan foto-foto memori pada hari tersebut.


















Tschuss!!! Vielen Dank!!!



Nota Kaki
Ketidakhadiran
Puan Sharida Ahmad Shahidan dan Cik Hasnani Hamid telah pergi bercuti dan kembali ke kampung halaman masing-masing di Malaysia.