Pada 3 Jun 2009 (Selasa) yang lalu aktiviti gotong-royong membuat kuih telah diadakan bermula seawal jam 9.30 pagi bertempat di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral. Gotong-royong ini diadakan berikutan pada 6 Jun 2009 (Sabtu) adalah Majlis Hari Keputeraan SPB Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Oleh itu, ahli-ahli PERWAKILAN telah membuat karipap pusing dan kuih kacang sebagai juadah pada hari tersebut. Kuih-kuih ini dipilih kerana ia sangat digemari ramai di samping boleh disejukbekukan.
Jemputan yang akan hadir pada Majlis Hari Keputeraan tersebut dijangkakan seramai 400 orang, jadi ahli-ahli telah bertungkus-lumus menyiapkan kuih-kuih itu dalam jumlah yang besar supaya ia mencukupi. Benarlah kata pepatah Melayu 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing', akhirnya kuih-kuih tersebut dapat disiapkan sepenuhnya pada hari tersebut juga.