Monday, 7 December 2009

Tips Memasak Oleh Selebriti Chef Ismail

Semasa sesi morning coffee di kediaman rasmi Pengerusi PERWAKILAN pada 30 November 2009 lepas, Selebriti Chef Ismail telah memberi beberapa tips cara-cara yang betul untuk persediaan sebelum memasak dan adalah seperti berikut : 





A. Panduan Memasak 
  1. Merancang dan tetapkan dengan betul untuk menu apa yang hendak dimasak. Jika tidak pasti, dapatkan idea dari buku-buku masakan. 
  2. Penggunaan apron adalah digalakkan demi keselamatan dan meningkatkan semangat rasa bersedia untuk memasak. 
  3. Untuk masakan tengahari (lunch), elakkan menu yang terlalu berat dan resepi yang sama. Sediakan lauk yang berkuah dan yang kering. Manakala sayur-sayuran gunakan berbagai campuran sayur seperti carrot, kacang panjang/buncis dll. 
  4. Seelok-eloknya pilihan jenis masakan hendaklah sesuai dan perlu kreativiti semasa memasak. Contoh : Penyediaan masakan nasi tomato, lauk yang sesuai ialah seperti dalca atau kurma daging, acar timun dan ayam masak merah. 

B. Menu Card 

Menu Card amat penting untuk menukar menu atau resepi dan kreatif untuk membuka selera kita sekeluarga.

Contoh Menu Card Untuk Nasi Briyani
Nasi Briyani
Dalca (Jangan terlalu pekat)
Kurma
Acar
Yogurt dengan timun

C. Market List (Planning List)

Membuat perancangan untuk membeli barang-barang yang diperlukan adalah menjimatkan waktu dan wang.

D. Storage ( Label Your Food

  1. Sebaik-baiknya selepas membeli barang-barang, sediakan guideline untuk menyimpan barang-barang. Contohnya, potongkan daging yang banyak kepada beberapa bahagian dan baru masukkan ke dalam peti sejuk. 
  2. Elakkan membeli sayur-sayuran dengan kuantiti yang banyak. Beli yang rasa diperlukan. 

E. Lain-lain 

  1. Mengetahui bahan-bahan masakan yang diperlukan dengan secukupnya. Contoh : 1 kg daging memerlukan 15 biji bawang merah. 
  2. Semasa memasak, kita haruslah bijak mengagak bahan-bahan supaya masakan secukup rasa dan sedap. 
  3. Untuk memekatkan masakan yang berkuah, kita boleh menggunakan kacang kuda, dhal, kacang pea dan lain-lain. Rebuskan dulu dan lembut kekacang sebelum masuk ke dalam masakan. 
  4. Gunakan tomato untuk masakan kari, kurma dan kuzi. 
  5. Kita kena tahu masakan kegemaran suami dan anak-anak. 
  6. Mahirkan serta fokus masakan kegemaran masakan mereka agar mereka puashati dan gembira dengan masakan puan-puan. 
  7. Anak-anak perempuan eloklah dididik cara-cara memasak daripada kecil lagi agar mereka minat di dalam bidang masakan. 
  8. Gunakan safron (koma-koma) untuk nasi berwarna kuning. 
  9. Bila entertain, hiaskan meja dengan bunga kecil dan daun-daun segar yang dipotong di halaman rumah boleh digunakan. 
  10. PERWAKILAN perlu adakan kelas memasak untuk ahli-ahli. 
  11. Mesti tahu memasak satu resepi dari setiap negara yang kita berada. Contohnya : Orang Jerman suka masakan goose dan ikan. 
  12. Bila ada peluang, kita digalakkan menjual masakan Malaysia di bazar. 
  13. Pandai membahagikan masa di antara minat kita dan keluarga.