25 Februari 2010 (Khamis) yang lalu merupakan giliran Puan Zalina Zainal menghoskan morning coffee di rumah beliau di Frankfurt. Pada majlis berkenaan hampir keseluruhan ahli PERWAKILAN hadir kecuali beberapa ahli yang bekerja.
Bergambar kenangan bersama Pengerusi PERWAKILAN, Puan Khadijah Mahmud (tiga daripada kiri)
Seperti kebiasaan morning coffee yang lepas, semua ahli akan berbesar hati membawa kuih-muih sebagai buah tangan untuk dinikmati bersama. Di samping dapat berkumpul dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama sendiri, ahli-ahli juga dapat menjamu selera dengan juadah yang berbagai aneka.

Inilah keistimewaan para ahli PERWAKILAN, juadah yang disediakan pada hari tersebut bukan sahaja sedap dipandang tetapi juga sedap dimakan


Inilah keistimewaan para ahli PERWAKILAN, juadah yang disediakan pada hari tersebut bukan sahaja sedap dipandang tetapi juga sedap dimakan

Di dalam majlis ini juga diadakan demonstrasi pastri karipap oleh Puan Rahimah Mohd.
Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang demonstrasi berlangsung..
Puan Rahimah Mohd menunjukkan cara-cara membuat pastri karipap
Rupa tepung yang telah dicampur dengan minyak
Proses menguli doh
Proses membentuk saiz yang disukai
Proses mencanai dan menerap bulat
Ahli PERWAKILAN bergotong-royong menyiapkan karipap
Rupa karipap yang telah siap dikelim dan sedia untuk digoreng