Setelah tertangguh sekian lama, akhirnya hajat untuk mengadakan Karnival Sukan Tahunan Berlin/Frankfurt Kali Ke 2 telah berjaya diadakan di Berlin pada Sabtu dan Ahad, 10 dan 11 April 2010 lalu.
Rombongan Frankfurt yang disertai oleh sebelas (11) orang pegawai dan kakitangan bersama keluarga masing-masing diketuai oleh Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik Saiful Azam Abdullah dan isteri Puan Khadijah Mahmud. Rombongan ini telah disambut mesra oleh pegawai, kakitangan dan keluarga Kedutaan Besar Malaysia Berlin pada petang Jumaat 9 April 2010, jam 7 malam dengan jamuan ringan.
Keluarga Frankfurt/Berlin bergambar bersama
Menikmati juadah ringan yang disediakan
Sebanyak 3 acara sukan telah dipertandingkan iaitu golf, bowling dan badminton.
Bergambar bersama sebelum acara bowling dimulakan
Bergambar sebelum acara badminton dimulakan
Keesokan harinya, jamuan makan malam telah diadakan di Kediaman Rasmi TYT Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datuk Zakaria Sulong dan isteri Datin Hazizah Ahmad. Para tetamu telah dihidangkan dengan laksa johor, beraneka jenis kuih-muih, kek dan potongan buah-buahan. Untuk tujuan makan malam ini, ahli PERWAKILAN Frankfurt telah mengambil inisiatif menyumbangkan tenaga menyiapkan lebih kurang 300 cucuk satay ayam, kuah kacang dan nasi himpit. Pertandingan karaoke juga turut diadakan untuk memeriahkan lagi majlis makan malam ini.
Terhibur mendengar Datin Hazizah sedang berkaraoke
Puan Misnah berkaraoke dengan penuh perasaan
Karnival Sukan Tahunan Berlin/Frankfurt yang telah dimenangi oleh pihak Frankfurt kali ini bukan sahaja telah dapat mengeratkan tali persahabatan para pegawai dan kakitangan malah telah membolehkan ahli keluarga masing-masing berkumpul, berehat dan berkenalan antara satu-sama lain.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Berlin selaku tuan rumah. Semoga tradisi ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Piala-piala untuk dimenangi..
Kemenangan berpihak kepada Frankfurt
Puan Khadijah Mahmud bergambar bersama Datin Hazizah Ahmad dan trofi kemenangannya
Puan Rahizam Abdullah menerima trofi kemenangan untuk acara bowling daripada Datin Hazizah Ahmad

Bergambar kenang-kenangan