Bermula pagi Sabtu 4 Ogos 2010, persiapan awal untuk menyambut kedatangan Hari Lebaran telah dibuat dengan penuh teliti oleh ahli PERWAKILAN bagi memastikan sambutan raya kali ini berjalan lancar.
Pada hari tersebut, ahli PERWAKILAN telah berkumpul di rumah Puan Misnah Salikan di Hattersheim untuk membuat persiapan awal lauk-pauk untuk hidangan di hari raya.
Aktiviti pada hari tersebut diakhiri dengan jamuan berbuka puasa beramai-ramai di antara ahli PERWAKILAN dan keluarga.
Inilah antara aksi yang sempat dirakam pada hari tersebut..
Menyediakan daging untuk rendang
Menyediakan bahan tumisan dan rempah-ratus
Memasak kuah kacang
Menyediakan acar rampai. Untuk Cik Mira, terima kasih kerana sudi membantu..
Menyediakan nasi himpit
Memasak pes ayam masak merah. Ustazah Azmurahima Mat Sa'ad juga datang membantu.. terima kasih daripada kami ahli PERWAKILAN..
Menyediakan kerisik
Hasilnya pada hari itu...
Beras yang telah dipaketkan sedia untuk direbus untuk dijadikan nasi himpit
Rendang daging, kuah kacang, pes ayam masak merah dan acar rampai.. sedia untuk didinginbeku..
Ahli keluarga juga datang memberikan sokongan moral sambil menunggu waktu berbuka puasa
MONDAY, 6 SEPTEMBER 2010
Pada hari Isnin 6 September 2010 pula, ahli PERWAKILAN ke rumah Puan Sharifah Noraida Syed Ibrahim di Bad Hamburg untuk membuat biskut raya. Sebanyak 1000 biji biskut kelapa telah berjaya disiapkan.
Berikut foto-foto yang dirakam pada hari tersebut..
Menyediakan adunan biskut
Membentuk adunan
Borak apa tu Puan Aida?
Biskut kelapa berjaya disiapkan pada hari tersebut
WEDNESDAY, 8 SEPTEMBER 2010
Pada hari Rabu 8 September 2010 pula merupakan persiapan terakhir hari raya. Sekali lagi ahli PERWAKILAN telah berkumpul di rumah Puan Misnah Salikan. Pada malam tersebut juga, Takbir Raya diperdengarkan selepas selesai solat Magrib.
Inilah suasana pada hari tersebut..
Menyediakan ayam untuk masakan ayam masak merah
Masing-masing sibuk di dapur
Sambil menyediakan acar jelatah sempat lagi berjenaka
Masak apa tu Miss Lim?
Walaupun kepenatan masih sempat melemparkan senyuman
Puan Misnah dan Miss Lim sibuk memasak di dapur
Hasil gorengan ayam untuk ayam masak merah
Merebus nasi himpit dan memanaskan semula kuah kacang
Selain daripada dalca sayur dan popudum, inilah antara yang berjaya disiapkan pada hari tersebut..
Ayam masak merah
Nasi himpit yang sudah direbus sedia untuk dipotong
Selain daripada acar rampai, pihak PERWAKILAN juga menyediakan acar jelatah. Inilah bahan untuk acar jelatah, sedia untuk digaul bersama keesokan pagi..
Majlis buka puasa yang terakhir di malam raya dibuat serba ringkas
Suasana malam raya
THURSDAY, 9 SEPTEMBER 2010
Inilah suasana gotong-royong yang sempat dirakam di rumah Puan Misnah Salikan pada pagi hari raya sebelum jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat dibuat pada sebelah petangnya..
Masih sempat lagi memberikan senyuman istimewa..
Menyediakan bahan untuk masakan nasi minyak
Puan Noor Hayati sedang memindahkan nasi minyak yang telah masak..
Puan Rahmah yang sudi datang untuk menolong pihak PERWAKILAN.. terima kasih puan..
Memotong nasi himpit.. Puan Ku Asmah Ku Mansor juga datang membantu.. terima kasih puan..
Dalca sayur yang enak dimakan bersama nasi minyak
Bergambar kenang-kenangan
Local staff juga datang membantu.. terima kasih banyak-banyak daripada kami..