Bermula dengan mesyuarat PERWAKILAN pada 8 Ogos lepas, beberapa aktiviti telah disusun bagi mempastikan persiapan Rumah Terbuka Aidilfitri Konsulat tahun ini berjalan lancar.
11 Ogos 2011, jam 9:00 pagi ahli PERWAKILAN berkumpul di kediaman Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt untuk membuat karipap dan biskut raya melting moments. Aktiviti yang turut disertai oleh rakan MCD (Malaysian Club Deutschland) tersebut berakhir jam 2:30 petang.
Menyediakan inti karipap
Bersama-sama rakan MCD..Puan Faiza Jansa dan Puan Siti Stocker menyiapkan karipap
Membentuk biskut melting moments.. nak cuba tak?
Sebanyak 300 biji biskut melting moments berjaya disiapkan pada hari tersebut
400 biji karipap sedia untuk dibekukan..
MONDAY / TUESDAY, 15 / 16 AUGUST 2011
Semalam 15 Ogos, 2011, PERWAKILAN telah keluar bersama-sama ke bandar untuk membeli bahan mentah, daging dan rempah-ratus sebagai persediaan untuk memasak rendang daging dan juga menyediakan pes ayam masak merah yang dirancang diadakan keesokan harinya jam 9:30 pagi di kediaman Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, PERWAKILAN. Aktiviti memasak pada hari Selasa itu berakhir jam 4:00 petang. Turut hadir membantu pada hari itu ialah Puan Faiza Jansa.. terima kasih ya..
Yang sempat dirakam..
Menyiapkan bahan-bahan untuk rendang dan pes ayam masak merah..
Walaupun penat berpuasa, masih lagi tersenyum gembira..turut bergambar Pengerusi PERWAKILAN, Puan Karen George Abraham..
Pes ayam masak merah
Rendang daging
FRIDAY, 2 SEPTEMBER 2011
Pagi ini 9:30, 2 September 2011, PERWAKILAN berkumpul lagi di kediaman rasmi Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt untuk sama-sama menyiapkan perapan ayam masak merah, menyediakan sayur-sayuran untuk lontong dan acar serta tumisan dalca dan pes nasi tomato. Puan Faiza Jansa telah bermurah hati menyumbangkan dodol juga dimasak bersama-sama pagi tadi sebagai salah-satu hidangan di Hari Terbuka Aidilfitri Konsulat yang dijadualkan berlangsung petang esok.
Aktiviti pada hari ini berakhir jam 3:00 petang. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir..
Aktiviti pada hari ini berakhir jam 3:00 petang. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir..
Menyiapkan bahan-bahan untuk acar mentah..hadir sama Puan Emilia Yusoff-Fluegel dan ipar serta mummy.. terima kasih ya..
Puan Sarinah di dalam rumah sedang menyiapkan tulang kambing untuk masakan dalca..
Puan Sarinah di dalam rumah sedang menyiapkan tulang kambing untuk masakan dalca..
Ladies di luar rumah sedang menyiapkan bahan-bahan untuk lontong...
Kami siang ayam pula ni..nak buat ayam masak merah.. Ahli baru PERWAKILAN Frankfurt, Puan Siti Nordiana Mohd Akhir (bertudung hitam) turut hadir membantu.. selamat datang ke Frankfurt ya..semoga puan dan keluarga menyukai kehidupan di sini..
PERWAKILAN dan rakan MCD.. ceria bekerja..berkongsi cerita..
Tea lady kami pada hari itu.. terima kasih Puan Anne..sedap teh tarik you..
Berhenti jap kacau dodol.. pekena teh tarik dulu..umpph! sedapnya...
PERWAKILAN menarik nafas lega... cuaca hari ini baik sekali.. aktiviti yang dirancang berjalan lancar..inilah di antara persiapan awal yang menunggu untuk dimasak esok hari..
Ayam masak merah..diperap..sedia untuk dibakar..
Tumisan dalca
Sirap merah..sedia untuk dibancuh..
Mentimun..untuk acar mentah
Sayur-sayuran.. untuk masakan dalca dan lontong
Pes nasi tomato
Dodol perantau.. hasilnya setelah 5 jam dikacau..
SATURDAY, 3 SEPTEMBER 2011
Pagi ini 3 September 2011, merupakan persiapan terakhir PERWAKILAN sebelum Majlis Hari Terbuka Aidilfitri Konsulat 2011 diadakan petang nanti. Seawal jam 8:30 pagi, ahli PERWAKILAN berkumpul di kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt bagi memastikan semua masakan siap tepat pada masanya.
Ahli-ahli MCD juga turut membantu.. kepada semua.. terima kasih tidak terhingga daripada kami..
Ladies di dapur.. sempat lagi bergambar..emm..
Turut serta bergambar.. seorang lagi ahli baru PERWAKILAN Frankfurt, Puan Marlina (tidak bertudung)..untuk puan dan suami.. selamat datang ke Frankfurt..
Periuk teh tarik.. panas..panas..
Persiapan di luar rumah juga, tidak kurang rancaknya..
Memotong nasi himpit..
Encik Zulkiply Endut (Konsul Konsular) turut membantu..terima kasih ya..
Puan Sarinah Ali dan dalca..
Encik John K. Samuel, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt.. turut turun padang.. terima kasih..
Kerja masak-memasak selesai jam 12:00 tengahari.. semuanya sedia untuk dibawa ke tempat menjamu selera..antara yang sempat dirakam..
Teh tarik PERWAKILAN.. cukup istimewa..dari Malaysia
Nasi tomato
Ayam masak merah
Rendang daging
Dalca kambing
Acar mentah
Lontong
Nasi himpit
Tidak ketinggalan..
Popedum
Dodol
PERWAKILAN menarik nafas lega... cuaca hari ini baik sekali.. aktiviti yang dirancang berjalan lancar..inilah di antara persiapan awal yang menunggu untuk dimasak esok hari..
Ayam masak merah..diperap..sedia untuk dibakar..
Tumisan dalca
Sirap merah..sedia untuk dibancuh..
Mentimun..untuk acar mentah
Sayur-sayuran.. untuk masakan dalca dan lontong
Pes nasi tomato
Dodol perantau.. hasilnya setelah 5 jam dikacau..
SATURDAY, 3 SEPTEMBER 2011
Pagi ini 3 September 2011, merupakan persiapan terakhir PERWAKILAN sebelum Majlis Hari Terbuka Aidilfitri Konsulat 2011 diadakan petang nanti. Seawal jam 8:30 pagi, ahli PERWAKILAN berkumpul di kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt bagi memastikan semua masakan siap tepat pada masanya.
Ahli-ahli MCD juga turut membantu.. kepada semua.. terima kasih tidak terhingga daripada kami..
Ladies di dapur.. sempat lagi bergambar..emm..
Turut serta bergambar.. seorang lagi ahli baru PERWAKILAN Frankfurt, Puan Marlina (tidak bertudung)..untuk puan dan suami.. selamat datang ke Frankfurt..
Periuk teh tarik.. panas..panas..
Bersarapan pagi seketika setelah penat gotong-royong..