Pada 9hb Mei, sekolah antarabangsa Internationale Schule Frankfurt (ISF) telah menganjurkan program Taste of the World. Program yang diadakan setiap tahun ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk mencuba juadah dari pelbagai negara bagi tujuan mengumpul dana bagi Projek di Kenya dan Nepal.
Ahli Perwakilan telah bekerjasama menghias gerai dan menyediakan hidangan seperti Roti Canai, Mee Goreng (vegetarian dan bukan vegetarian), Kari Ayam, Gobi Manvhurian, Nasi Pulao, Raita dan Muruku untuk dijual pada hari tersebut.
Ramai yang berkunjung ke gerai kami dan tidak kurang juga yang kembali berulang kali.
Ahli Perwakilan bersama Pengerusi Perwakilan, Puan Adina Kamarudin
dan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru, Puan Anne Bechler
Cik Rodziah sibuk menyediakan roti canai
Ramai yang memuji kecantikan gerai Malaysia.
Terima kasih kepada semua ahli Perwakilan yang telah membantu.