Keahlian pada Sesi 2018 adalah seramai 7 orang. Untuk
makluman, seorang ahli Perwakilan iaitu Puan Rozila Jurimi tidak dapat hadir ke
mesyuarat agung tersebut di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Mesyuarat bermula pada pukul 11.00 pagi iaitu dengan
mengalukan kehadiran Konsul Jeneral yang baharu iaitu Yang Berusaha Encik Mukudan
Madavan. Beliau dengan berbesar hati sudi untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Agenda mesyuarat dimulakan dengan membuat pengesahan bagi
minit Mesyuarat Agung bagi Sesi 2017 bagi kali ke-9.
Disusuli dengan perbentangan daripada AJK Kewangan, AJK Masakan dan AJK Biro Sosial dan Kebajikan. Semua ahli majlis mesyuarat telah sebulat suara dan bersetuju bagi mengesahkan di atas laporan-laporan tersebut.

Lain-lain perkara berbangkit iaitu Penaung, Yang Berusaha
Encik Mukudan Madavan telah mencadangkan beberapa usul iaitu:-
1. Cadangan mengadakan program dan aktiviti membabitkan konsulat negara-negara lain. Ia secara tidak langsung ia dapat menyemai semangat muhibbah di antara Perwakilan dan konsulat negara-negara lain serta mendapat menambah kenalan dari pelbagai latarbelakang negara. Tambahan daripada itu, ahli-ahli Perwakilan juga dapat memperbaiki kemahiran diri di dalam kemahiran berkomunikasi dengan orang luar serta menyemai sifat yakin diri di dalam interaksi sosial.
2. Ahli Perwakilan perlu memikirkan aktiviti-aktiviti bersama yang membolehkan menjana dan meningkatkan sumber kewangan Perwakilan. Di antara inisiatif untuk menambah sumber kewangan Perwakilan adalah dengan membuka bazaar makanan dan menjual barangan kraftangan. Ianya secara tidak langsung dapat mempromosikan makanan tradisi dan hasil kraftangan daripada Malaysia.

Sekalung ribuan terima kasih daripada ahli-ahli Perwakilan
untuk Yang Berusaha, Encik Mukudan Madavan di atas kesudian beliau meluangkan
masa bagi mempengerusikan Mesyuarat Agung yang Pertama Perwakilan untuk Sesi 2018 dan disamping itu dapat membantu dengan memberikan cadangan-cadangan yang
bernas serta teguran manja bagi memperbaiki Persatuan Perwakilan serta
memantapkan keutuhan persaudaraan di antara ahli-ahli Perwakilan.
Ahli-ahli Perwakilan seterusnya mengambil kesempatan dengan
kehadiran Yang Berusaha Encik Mukundan Madavan untuk bergambar bersama beliau dan
ahli-ahli Perwakilan.
Agenda terakhir bagi Mesyuarat Agung Perwakilan adalah
pembubaran Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2017 dan perlantikan ahli baharu bagi Sesi 2018.
Senarai Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2018 iaitu -
Penaung : Encik Mukudan Madavan
Setiausaha : Cik Hasnani Hamid
Bendahari : Cik Noramirah Yusoff
AJK Biro Sosial dan Kebajikan :
Ketua - Puan Sharida Ahmad Shahidan
Penolong
- Puan Ling Hassim
AJK Masakan : Puan Yaumee
Hayati M.Nawi
Pentadbir Web : 1. Puan Ariyanti Razali
2. Puan Rozila Jurimi
Tindakan Susulan-
1. Bendahari telah mengutip yuran keahlian tahunan bagi Sesi 2018.
1. Bendahari telah mengutip yuran keahlian tahunan bagi Sesi 2018.
2. AJK Biro Sosial dan Kebajikan akan membuat tindakan susulan untuk program-program yang diusulkan di dalam mesyuarat iaitu –
2.1 Program Bersama Kedutaan Berlin-Konsulat Jeneral Frankfurt
2.2 Hari Keluarga Perwakilan Frankfurt
3. AJK Masakan akan memaklumkan maklumat terkini bagi Taste of The World 2018.
Mesyuarat Agung Pertama Perwakilan Frankfurt bagi Sesi 2018 berakhir pada pukul 1230 tengahari.
Ribuan terima kasih buat semua ahli-ahli Perwakilan di atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan di dalam mesyuarat tersebut.
tschuss!!!Vielen dank!!!