Wednesday, 8 July 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Satu majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan secara sederhana yang telah dihadiri oleh ahli keluarga PERWAKILAN Frankfurt beragama Islam pada 15 Mac 2009 mulai jam 12.30 tengahari  apabila kelas mengaji Al-Quran berenti rehat. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustazah Azmurahima bte Mohd Sa’aid. Jamuan pula disediakan secara potluck oleh ahli PERWAKILAN.

Kelas Mengaji Al-Quran


AJK Agama dan Kebajikan telah mengadakan aktiviti Kelas Mengaji Al-Quran bagi anak-anak ahli PERWAKILAN. AJK Agama dan Kebajikan telah mendapatkan khidmat tenaga pengajar seorang ustazah iaitu Puan Azmurahima bte Mohd Sa’aid yang berasal dari Muar, Johor dan bermaustatin di Jerman bersama suami dan tiga orang cahayamata. Beliau mempunyai kelulusan ijazah dan berpengalaman dalam pengajaran agama semenjak tahun 1995.

Tuesday, 9 June 2009

Gotong-Royong Membuat Kuih

Pada 3 Jun 2009 (Selasa) yang lalu aktiviti gotong-royong membuat kuih telah diadakan bermula seawal jam 9.30 pagi bertempat di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral. Gotong-royong ini diadakan berikutan pada 6 Jun 2009 (Sabtu) adalah Majlis Hari Keputeraan SPB Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Oleh itu, ahli-ahli PERWAKILAN telah membuat karipap pusing dan kuih kacang sebagai juadah pada hari tersebut. Kuih-kuih ini dipilih kerana ia sangat digemari ramai di samping boleh disejukbekukan.

Demonstrasi Masakan

Pada 25 Mei 2009 yang lalu AJK Masakan PERWAKILAN telah mengadakan demonstrasi masakan. Aktiviti tersebut telah diadakan di kediaman Puan Sarinah Ali (AJK Masakan) di Friedrichsdorf. Demonstrasi telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan dihadiri oleh sebahagian besar ahli-ahli.


Demonstrator masakan pada hari tersebut ialah Puan Dhamayanthy atau lebih dikenali dengan panggilan Puan Selvi. Puan Selvi telah sudi menunjukkan demo bagi tiga (3) jenis masakan iaitu Capati, Orange Zitrone Cake dan Banana Muffin.




Friday, 15 May 2009

Majlis Perpisahan Puan Wan Noraini Dan Puan Dhamayanthy

Pada 12 Mei 2009 yang lalu, PERWAKILAN telah menghoskan Majlis Perpisahan sempena meraikan dua ahli PERWAKILAN iaitu Puan Wan Noraini Mohamad isteri Konsul (Perdagangan) yang akan bertukar ke London dan Puan Dhamayanthy Singaram isteri Konsul (Pelaburan) yang akan kembali ke Malaysia.