Sunday, 27 April 2014

Wir werden dich vermissen Puan Shamsidah

Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan, terutama bagi kami yang tinggal jauh di perantauan. Kali ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Shamsidah Salahudin, Konsul Muda Jabatan Perkhidmatan Awam di Frankfurt.

Sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang telah berkhidmat selama 3 tahun di sini, satu Majlis Perpisahan telah diadakan pada 15 April 2014 di Dewan Makan Tan Sri Ghazalie Shafie, Konsulat Malaysia Frankfurt. Majlis ini telah bermula pada jam 6 petang. 

Puan Shamsidah Salahudin pulang ke Malaysia untuk menyambung tugas di ibu pejabat. 



Penyampaian cenderahati oleh Puan Karen George Abraham





 
Sesi bergambar dengan ahli Perwakilan dan local staff di Frankfurt

Terima kasih diucapkan kepada Puan Shamsidah di atas segala sumbangan yang diberikan sebagai ahli Perwakilan Frankfurt. 


26 April 2014



Ahli-ahli Perwakilan dan keluarga sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Shamsidah Salahudin dan keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt pada pagi Sabtu, 26 April 2014. 






Thursday, 3 April 2014

Morning Coffee - Puan Karen George Abraham




Berakhir sudah musim sejuk dan bermulanya musim bunga, ketibaan ahli Perwakilan disambut bunga-bunga  indah di taman kediaman Puan Karen George Abraham, Pengerusi Perwakilan Frankfurt. Sesi Morning Coffee  ini telah diadakan pada 2 April 2014 dan bermula pada pukul 12 memandangkan ramai ahli Perwakilan adalah diantara mereka yang bekerja. 

Hidangan istimewa merupakan nasi ayam dan assam pedas. Minuman Ling Chi Kang menjadi pelengkap hidangan, sesuai dengan cuaca yang cerah  pada hari ini. 








Setelah selesai sesi makan, kami meluangkan masa di taman untuk menikmati kecantikan bunga yang berwarna warni. Sempat juga kami bergambar bersama. 






Terima kasih kepada semua yang hadir! 

Friday, 28 February 2014

Baby Khaleef, penyeri hidup Puan Marleena Abdul Manaf dan Encik Khairul Masnizam

Khaleef bin Khairul Masnizam, nama yang diberikan kepada si comel pelengkap hidup Puan Marleena Abdul Manad dan Encik Khairul Masnizam.  Cahaya mata pertama bagi pasangan ini dilahirkan seberat 2.745kg pada 10 Januari 2014 di salah sebuah hospital di bandar Frankfurt.  

Ahli Perwakilan yang diketuai oleh Puan Karen George Abraham telah melawat Puan Marleena sekeluarga pada hari Khamis, 27 Februari 2014 di kediaman beliau di Westend. 

Tahniah diucapkan kepada Puan Marleena dan Encik Khairul. 







Friday, 31 January 2014

Morning Coffee - Puan Dhamayanthy Singaram


Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih kenali sebagai Puan Selvi telah menjemput ahli Perwakilan ke kediaman baru beliau di Sachsenhausen pada 29 Januari 2014 untuk Sesi Morning Coffee pertama bagi tahun 2014.  


Puan Selvi tiba di Frankfurt pada bulan Julai 2013, namun boleh dianggap sebagai ahli lama Perwakilan Frankfurt  kerana pernah menetap di Köln/Frankfurt dari 2006 hingga 2009.


Menu kali ini agak istimewa - Nasi Pulao, Ayam Bhuna, Kari Kambing, Ayam Tandoori, sayur campur serta Chapati dan Thosai. Ahli yang hadir berpeluang menjamu selera sambil melihat cara Puan Selvi menyediakan Thosai dan Chapati.

Sungguh istimewa juadah yang disediakan sehingga kami hampir lupa mengambil gambar. 






Saturday, 14 December 2013

Morning Coffee - Cik Rodziah, Puan Shamsidah dan Puan Siti Nordiana


PINK merupakan tema Morning Coffee Working Ladies kali ini. Jemputan yang dihantar melalui email kepada semua ahli Perwakilan juga menarik dan berwarna-warni! Morning Coffee Pink dihos oleh Cik Rodziah Idris (KLN), Puan Shamsidah Salahudin (JPA) dan  Puan Siti Nordiana Mohd Akhir (Matrade). 




Bertempat di Dewan Tun Ghazalie Shafie pada 13 Disember 2013, sesi Morning Coffee bermula pada pukul 11.30 pagi. Hidangan utama merupakan nasi lemak, juadah kegemaran semua dan sesuai bagi kami yang berada jauh dari negara tercinta. 

Sesi Morning Coffee ini juga memberi peluang kepada kami untuk menyambut ahli baru, Puan Ling Hassim, isteri kepada Konsul JPA yang baru memulakan tugas di Frankfurt. 



 Gambar sumbangan Puan Nora Othman

Istimewa pada sesi Morning Coffee kali ini ialah Bengkel Jahitan Table Runner di bawah tunjuk-ajar Cik Rodziah Idris. Setiap ahli diberi peluang untuk menyiapkan table runner masing-masing dan menyimpannya sebagai cenderahati.

  Gambar sumbangan Puan Nora Othman


  Gambar sumbangan Puan Nora Othman

Terima kasih kepada penganjur dan semua ahli yang hadir.