Sunday, 17 August 2014

Sambutan Hari Raya di kediaman Encik Syarqawi Mohammad & Puan Ling Hassim (JPA)

Warga Konsulat Malaysia di Frankfurt telah dijemput ke kediaman Encik Syarqawi Mohammad dan Puan Ling Hassim di Ginnheim untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 16 Ogos 2014. 

Tetamu istimewa pada hari ini ialah Puan Adina Kamarudin, pengganti Encik John Samuel sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt dan suaminya Encik Mahzan Abdul Samad serta tiga orang anak. Puan Adina sekeluarga telah tiba di Frankfurt pada 11 Ogos 2014. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Malaysia di Dublin, Ireland. 

Pelbagai juadah telah disediakan oleh Puan Ling, dari pembuka selera kepada pencuci mulut. Diantara hidangan utama ialah sate ayam dan daging, soto sup kambing & bergedil kambing, nasi impit, & kuah kacang, kambing dan ayam panggang, nasi goreng Yong Chow, mee goreng, rendang kambing, kek lapis, kek coklat dan bermacam macam lagi. 




Hos yang peramah - Encik Sharqawi dan Puan Ling 


  Puan Adina Kamarudin, CG baru Malaysia di Frankfurt.




  


Para tetamu yang hadir 









 D

Juadah enak yang disediakan oleh Puan Ling Hassim



Terima kasih diucapkan kepada Encik Sharqawi dan Puan Ling! 


Friday, 8 August 2014

Ladies' Lunch Out - Part 2

Satu lagi sesi Ladies' Lunch Out telah diadakan pada 7 Ogos 2014 bagi ahli Perwakilan yang tidak sempat hadir untuk sesi lepas. Kali ini, Restoran Baan Thai di Leipzinger Straße menjadi pilihan. 


 Di antara juadah yang dinikmati 


 Ahli Perwakilan yang hadir 

Perut kenyang hati riannnggg! 


Tuesday, 29 July 2014

Setelah sebulan berpuasa, kini kita menyambut Hari Raya!

Majlis Hari Raya Aidilfitri tahun ini, walaupun diadakan secara sederhana, tetapi cukup meriah terutamanya dengan kehadiran beberapa orang pelajar Malaysia di sini. Diadakan pada pagi 28 Julai 2014 di Dewan Tun Ghazali Shafie, Konsulat Jeneral Frankfurt, tetamu dihidangkan dengan juadah istimewa yang disediakan secara potluck oleh ahli Perwakilan. 












Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada ahli-ahli keluarga dan sahabat handai di tanahair tercinta dan perantauan. 






Monday, 28 July 2014

Selamat menempuhi kehidupan baru di Beijing Puan Karen George Abraham


Pada 17hb Julai 2014, satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Encik John Samuel (CG) dan Puan Karen George Abraham sekeluarga. Bertempat di Dewan Tun Ghazali Shafie, Konsul Jeneral Frankfurt, majlis telah bermula sekitar jam 6 petang.

Setelah lebih kurang 3 tahun di Frankfurt, Puan Karen sekeluarga memulakan kehidupan baru di Beijing di mana Encik John Samuel akan memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Malaysia di China.


Hidangan makan malam secara potluck telah disediakan oleh ahli Perwakilan Frankfurt. 






Mr. John Samuel memberi sepatah dua kata. 





 Penyampaian cenderahati kepada Puan Karen George Abraham. 



Kami sempat bergambar untuk kenang kenangan.


Goodbyes are not forever,
Goodbyes are not the end,
They simply mean I'll miss you,
Until we meet again.


Kepada Encik John dan Puan Karen, Perwakilan Frankfurt ingin mengucapkan setinggi tinggi perghargaan dan selamat menempuhi kehidupan baru di Beijing. 


27 Julai 2014

Ahli Perwakilan dan beberapa ahli Kelab Malaysia Deutschland telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt pada pagi 27 Julai 2014 untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Karen sekeluarga. 












Tuesday, 15 July 2014

Bis wir uns wieder treffen Puan Siti Nordiana Mohd Akhir - Sehingga bertemu kembali

Pada 18 Jun 2014, Jamuan Malam telah diadakan pada jam 6 petang di Dewan Tun Ghazali Shafie. Kali ini yang diraikan ialah Puan Siti Nordiana Mohd Akhir yang pulang ke Malaysia setelah menamatkan tugas beliau sebagai Assistant Trade Commissioner Matrade di Frankfurt. 

Ahli Perwakilan amat mengagumi ketabahan Puan Siti Nordiana yang dapat melaksanakan tugas selama 3 tahun di Frankfurt, disamping menguruskan keperluan empat orang anak tanpa bantuan suami yang terpaksa bekerja di Malaysia.

Puan Siti Nordiana pulang ke Malaysia untuk menyambung tugas di ibu pejabat. 


Puan Karen (Pengerusi Perwakilan Frankfurt) menyampaikan cenderahati 
kepada Puan Siti Nordiana



Encik Jai Shankar (Trade Commissioner Matrade di Frankfurt) 
menyampaikan sepatah dua kata pada majlis tersebut.


Diantara para hadirin yang hadir pada hari itu.


Masakan Kampung merupakan tema potluck majlis






14 Julai 2014

Pada 14 Julai 2014, ahli Perwakilan dan keluarga telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt untuk mengucapkan selamat jalan kepada Puan Siti Nordiana sekeluarga. 




Selamat tinggal dan sehingga kita bertemu kembali!