Encik Mohamed Amin akan meneruskan tugas beliau di Malaysia setelah bertugas di Pejabat Tourism Malaysia, Frankfurt selama 4 tahun.
Menu Majlis Makan Malam ini telah disediakan secara potluck terancang oleh ahli-ahli Perwakilan. Tetamu yang hadir disajikan dengan Nasi putih, kari kambing, ayam masak kicap, sambal udang, sayur campur, sambal belacan dan ulam-ulaman. Tetamu juga dijamu dengan Mee kari, Sandwich dan tidak lupa juga pemanis mulut antaranya puding jagung dan pulut mangga.
Encik Mukundan Madavan, Konsul Jeneral Frankfurt memberikan ucapan penghargaan |
Encik Mohamed Amin Yahya dan Encik Mukundan Madavan |
Puan Sharida Ahmad Shahidan dan Puan Yaumee Hayati bersama cenderahati dari Perwakilan |
Pengerusi Kelab Friends of 1 Malaysia Germany (F1MG), Datuk Noraini Anne Bechler turut sama meraikan majlis makan malam |
Mee kari untuk tetamu yang hadir |
lauk-pauk yang dihidangkan kepada tetamu |
Pelbagai hidangan pencuci mulut |
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Amin dan Puan Sharida atas segala usaha, jasa baik dan kerjasama sepanjang mereka di sini.
Selamat Tinggal / Penerbangan Pulang
Jumaat, 11 Januari 2019
Tiba masanya Puan Sharida dan keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan yang turut hadir di lapangan terbang.
Puan Sharida bersama ahli-ahli Perwakilan dan rakan-rakan |
Selamat maju jaya buat Puan Sharida dan keluarga dan kenangan bersama akan diabadikan didalam memori selamanya.
Bila ada sumur di ladang,
Bisa saya menumpang mandi,
Bila ada umur yang panjang,
Bisa kita bersua lagi.