Majlis Perpisahan Encik Abdul Rahman Adun
Pada 3hb Julai 2018, Perwakilan Frankfurt telah mengadakan majlis perpisahan bagi Encik Rahman di dewan Tan Sri Ghazali Shafie di bangunan Konsulat, Frankfurt.
Encik Rahman akan meneruskan tugasnya ke Davao, Filipina pula setelah bertugas di pejabat Konsulat Malaysia, Frankfurt selama kira-kira 4 tahun. Majlis tetap meriah walaupun sederhana dengan menu makan malam yang telah disediakan secara potluck terancang oleh ahli-ahli PERWAKILAN.
![]() |
En Amin , Pengarah Tourism Malaysia, Frankfurt bersama Encik Rahman |
![]() |
Ucapan dari Presiden Kelab Malaysia Deutchland (MCD), Puan Rosita Rahman Hailek |
![]() |
Ahli-ahli PERWAKILAN bersama Encik Rahman |
Walaupun sederhana namun kehadiran para tetamu pada malam tersebut memeriahkan lagi majlis meraikan jasa En. Rahman sepanjang beliau berada di Frankfurt. Ribuan terima kasih pada tetamu yang hadir.
Pelbagai hidangan disajikan kepada tetamu yang hadir pada malam itu antaranya Nasi putih, udang masak merah dan Laksa Sarawak.
![]() |
Hidangan sampingan; Roti canai dan Roti Jala bersama kuah kari |
![]() |
turut dihidangkan Bihun Goreng, Sambal kentang dan Ulaman |
![]() |
Seleksi lauk pauk |
![]() |
tidak ketinggalan sayur campur dan sambal udang |
![]() |
seleksi pencuci mulut untuk tetamu |
![]() |
Cendol, puteri ayu dan creme karamel juga turut dihidangkan |
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Rahman Adun diatas kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di Frankfurt.
Selamat Tinggal / Penerbangan Pulang
Tiba masanya En. Abdul Rahman Adun mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan yang turut hadir ke lapangan terbang.
![]() |
Encik Abdul Rahman Adun bersama rakan-rakan sebelum berlepas |
Selamat maju jaya buat Encik Abdul Rahman Adun. Jasamu dan kenangan bersama akan diabadikan di dalam memori selamanya.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh di negeri satu,
Hilang di mata, di hati jangan.