Majlis Perpisahan Konsul Pendidikan Encik Syarqawi dan Pn Ling Hassim
Pada 7 Ogos 2018, pihak Perwakilan telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan Encik Syarqawi Muhammad, Konsul Pendidikan dari JPA dan isteri beliau Puan Ling Hassim yang akan pulang ke Malaysia.
Majlis tersebut diadakan di Dewan Tun Ghazali Shafie, pejabat Konsulat Jeneral Malaysia - Frankfurt pada jam 7 petang.
![]() |
Encik Mukundan Madavan, Konsul Jeneral Malaysia-Frankfurt memberikan sedikit ucapan |
![]() |
Sepatah dua kata daripada Encik Syarqawi Muhammad |
![]() |
Wakil dari Malaysian Club Deutschland (MCD) Pn. Amy Lim turut sama hadir memeriahkan majlis |
![]() |
Pn Sharida memberikan ucapan bagi pihak Perwakilan |
Walaupun majlis yang sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir pada malam itu. Menu makan malam telah disediakan oleh ahli-ahli Perwakilan secara 'potluck terancang'.
![]() |
lauk pauk yang dihidangkan kepada para tetamu |
![]() |
hidangan sampingan; soto ayam, ayam tandoori dan mee goreng |
![]() |
kari daging dan ulaman juga turut dihidangkan |
![]() |
Seleksi pencuci mulut pada malam tersebut |
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir memerihkan majlis makan malam bagi menghargai dan meraikan En. Syarqawi Muhammad dan Isteri, Pn. Ling Hassim yang banyak memberikan kerjasama sepanjang mereka berada di Franfurt.
Selamat tinggal / Penerbangan Pulang
31 Ogos 2018
Tiba masanya En. Syarqawi Muhammad dan Pn. Ling Hassim serta keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan yang turut hadir di lapangan terbang.
![]() |
Encik Mukundan Madavan, Konsul General Malaysia-Frankfurt turut hadir bersama rakan-rakan yang lain |
Selamat maju jaya buat En. Syarqawi dan Pn. Ling Hassim. Jasamu dan kenangan akan diabadikan di dalam memori selamanya.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.