'Food
Testing' dan Pensampelan
Ahli-ahli Perwakilan telah bersepakat
untuk mengadakan ‘Food Testing’ dan Pensampelan bagi penambahbaikan dan menyeragamkan rasa setiap masakan yang akan dijual semasa Taste Of The World (TOTW) 2018 yang akan berlangsung pada 12hb Mei nanti.
Di antara masakan yang telah disediakan oleh ahli-ahli Perwakilan adalah seperti berikut:-
Nasi Lemak - Cik Hasnani Hamid
Nasi Impit
bersama Kuah Kacang dan Satay Ayam - Puan Ariyanti Razali
Meehoon Sup - Cik Noramirah Yusuff
Mee Goreng
‘Vege’ - Puan Rozila Jurimi
Roti Canai bersama Kuah Kari Ayam
Roti Canai - Puan Ling Hassim dengan kerjasama Ahli-ahli Perwakilan
Kari Ayam bersama kentang - Puan Yaumee Hayati M.Nawi
Karipap - Puan Yaumee Hayati M.Nawi
Popia - Puan Rozila Jurimi
Rendang Ayam - Puan Ling Hassim
'Food Testing' dan Pensampelan telah diadakan pada 23hb April 2018, pukul 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat
Perwakilan, Pejabat Konsulat
Jeneral Malaysia.
Ribuan terima kasih buat AJK Masakan, Puan Yaumee Hayati M.Nawi sebagai Ketua Penyelaras Program 'Taste Of The World' 2018 dan semua ahli-ahli perwakilan di atas kehadiran dan kesudian untuk menyediakan juadah bagi 'Food Testing' dan Pensampelan.
Dilampirkan foto-foto memori pada
hari tersebut.
Tschuss!!! Vielen Dank!!!
Nota kaki:
Puan Sharida Ahmad Shahidan – Ketidakhadiran di atas
sebab yang tidak dapat dielakkan.