Taste of The World adalah program tahunan ‘Sommerfest’ bagi Sekolah Antarabangsa Frankfurt iaitu International School Frankfurt Rhein-Main (ISF).
Untuk makluman, seramai 4 orang ahli Perwakilan Malaysia-Frankfurt yang mempunyai anak-anaknya yang bersekolah di situ. Mereka terdiri daripada Puan Ling Hassim, Puan Yaumee Hayati M.Nawi, Puan Rozila Jurimi dan Puan Ariyanti Razali.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan IbuBapa Sekolah (Parent Network) sempena mengeratkan perhubungan antara para ibubapa, pelajar dan guru.
Di antara program yang akan dianjurkan adalah jualan juadah
tradisional oleh negara-negara terpilih yang disediakan oleh para ibubapa,
jualan buku terpakai di luar perpustakaan, jualan baju seragam sekolah,
aktiviti sukan, pameran Sains dan pertunjukan bakat oleh para pelajar.
Perwakilan Malaysia-Frankfurt telah memberi kerjasama sepenuhnya dan terlibat secara langsung untuk program jualan juadah tradisional. Dana sebanyak €150.00 telah diperuntukkkan bagi setiap negara-negara terpilih untuk pemulaan modal oleh Persatuan IbuBapa Sekolah (Parent Network).
Juadah yang akan dijual oleh Perwakilan Malaysia-Frankfurt pada hari tersebut adalah seperti berikut;-
Nasi Lemak
Nasi Impit
bersama Kuah Kacang dan Satay Ayam
Meehoon Sup
Mee Goreng
‘Vege’
Roti Canai
bersama Kuah Kari Ayam
Karipap
‘Vege’
Popia
‘Sweet Corn’
Air Sirap Ros Limau
Jualan harga juadah bermula dari £1.00 hingga £3.00.
Tujuan program jualan amal diadakan adalah untuk meningkat dana sekolah bagi aktiviti-aktiviti kebajikan. Hasil jualan pada hari tersebut akan disalurkan ke negara-negara yang terpilih oleh Persatuan IbuBapa Sekolah (Parent Network).
Tujuan program jualan amal diadakan adalah untuk meningkat dana sekolah bagi aktiviti-aktiviti kebajikan. Hasil jualan pada hari tersebut akan disalurkan ke negara-negara yang terpilih oleh Persatuan IbuBapa Sekolah (Parent Network).
Jemputan
Rakyat Malaysia di sekitar Frankfurt dijemput hadir dan dialu-alukan untuk bersama-sama memeriahkan acara tahunan tersebut.
Marilah membeli sambil beramal. Semoga dengan amal jariah anda
dikurniakan kerberkatan.
Tschuss!!! Vielen Dank!!!