Wednesday, 19 January 2011

Khabar Gembira..Khabar Gembira..Khabar Gembira

Akhirnya yang ditunggu-tunggu sudah tiba.. khabar gembira untuk semua..

Salah-seorang ahli PERWAKILAN Frankfurt, Puan Norsyika Diana Che Othman telah selamat melahirkan bayi perempuannya pada pagi Ahad, 2 Januari 2011 di St.-Markus-Krankenhaus gGmbh, Frankfurt am Main. Dilahirkan secara normal, bayi comel ini diberi nama Nur Khadeeja Hanna. Ia merupakan anak ketiga dalam keluarga. Turut sama di sisi membantu proses kelahiran ialah suami tercinta, Encik Sharizan Sudin.

Friday, 14 January 2011

Datang Dan Pergi..Silih Berganti..

Pagi tadi, Jumaat 14 Januari 2011, Perwakilan berkumpul lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt. Selepas melakukan urusan check-in di kaunter MAS, Puan Nur Hafiza Mansor dan keluarga bersama-sama PERWAKILAN dan rakan Konsulat Malaysia Frankfurt yang hadir sempat menjamu selera seketika di Restoran Mc Donald sebelum mereka sekeluarga menaiki pesawat untuk berlepas pulang ke Malaysia.

Saturday, 1 January 2011

Tschüss 2010.. Hallo 2011

Melangkah detik 12 tengahmalam ini, bermakna kita meninggalkan tahun 2010 di belakang. Tahun baru bermula sudah.. Pengalaman lalu adalah guru terbaik dalam kehidupan.. Sempena kedatangan tahun baru ini, PERWAKILAN Frankfurt mengucapkan 'Selamat Tahun 2011' untuk semua.. jadikanlah pencapaian diri kita di tahun 2011 ini lebih baik daripada 2010.. yakin boleh!!

Wednesday, 22 December 2010

Majlis Perpisahan Encik Ruzlan Abd. Malek dan Isteri

Semalam Selasa 21 Disember 2010 jam 6:30 petang, pihak Konsulat Frankfurt telah menganjurkan satu jamuan Perpisahan untuk Encik Ruzlan Abd. Malek (Konsul Pelajaran) dan isteri di Konsulat Malaysia Frankfurt. Encik Ruzlan dan isteri dijangka pulang pada 31 Disember ini untuk kembali bertugas semula di Malaysia setelah lebih tiga tahun bertugas di sini. 




Saturday, 4 December 2010

Morning Coffee ~ Puan Siti Nur Hafiza Mansor

Morning coffee PERWAKILAN terakhir untuk tahun ini telah diadakan semalam Jumaat, 3 Disember 2010 di kediaman Puan Siti Nur Hafiza Mansor di Frankfurt am Main pada jam 10:30 pagi. Hampir semua ahli PERWAKILAN dapat turut-serta.