Friday, 25 May 2012

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2012/2013

Persatuan Wanita Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt telah bersidang semula semalam Khamis 24 Mei 2012 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2012/2013 tersebut telah dimulakan jam 10 pagi dengan dimulakan dengan kata aluan oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham. Turut berucap di dalam mesyuarat ini ialah Penasihat Kehormat PERWAKILAN Frankfurt, En John K Samuel.

Sunday, 13 May 2012

Kunjungan Timbalan Menteri Luar Negeri

Konsulat Jeneral Frankfurt telah mendapat kunjungan Timbalan Menteri Luar Negeri YB Senator A. Kohilan Pillay semalam Sabtu 12 Mei 2012 jam 6:00 petang. Sempena kunjungan tersebut, satu pertemuan  dengan sebahagian pelajar Malaysia yang belajar di kawasan berdekatan telah diatur.

Kesempatan bertemu dengan para pelajar tersebut diisi dengan taklimat, sesi soal-jawab dan sesi bergambar beramai-ramai. Majlis yang diakhiri dengan jamuan makan malam tersebut telah disediakan secara potluck terancang oleh Perwakilan Frankfurt.

Taste of The World

Meriah! Itulah yang dapat digambarkan suasana Taste of The World yang telah berlangsung semalam, Sabtu, 12 Mei 2012 di ISF (ISF Internationale Schule Frankfurt-Rhein-Main).  Perayaan yang bermula jam 12 tengahari itu mempamerkan pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan oleh pelbagai negara untuk dicuba keenakannya oleh pengunjung. Negara Malaysia memilih menu nasi putih, acar rampai, daging masak lada hitam, ayam masam-manis dan kuih bakar serta karipap sebagai jualan pada hari tersebut. Hasil keuntungan jualan pada hari tersebut disumbangkan ke Tabung PERWAKILAN Frankfurt dan juga untuk Tabung Projek Kenya ISF.

Saturday, 28 April 2012

Purple Morning Coffee ~ Puan Sarinah Ali

Morning coffee ungu diberi nama.. kali ini dihostkan oleh Puan Sarinah Ali semalam, Jumaat 27 April 2012 jam 10:00 pagi di kediaman beliau di Friedrichsdorf. Dalam majlis morning coffee kali ini, semua ahli yang hadir telah berkesempatan mempelajari cara-cara membuat laksam Kelantan. Terima kasih kami kepada Puan Sarinah sebagai tuan rumah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Puan Rahizam kerana sudi meluangkan masa menunjukcara.

Tuesday, 3 April 2012

Kelas Masakan PERWAKILAN

Kelas Masakan anjuran bersama PERWAKILAN Frankfurt - MCD (Malaysian Club Deutschland e.V.) telah diadakan di kediaman rasmi Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt pada Isnin, 2 April 2012 jam 10:30 pagi. 'Hands on' aktiviti yang telah disertai oleh ahli-ahli PERWAKILAN Frankfurt dan beberapa ahli MCD ini telah dikendalikan oleh Chef Claude. Selain menambah ilmu di dada, aktiviti yang julung kali diadakan seumpamanya ini  juga telah berjaya mengukuhkan lagi ukhuwah di kalangan ahli.