Tuesday, 14 May 2013

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2013/2014

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2013/2014 telah diadakan pada 13 haribulan Mei 2013 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Sebelum Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt bermula, ahli PERWAKILAN Frankfurt yang hadir telah menjamu selera dengan makanan tengahari yang dibawa secara potluck.

Sesi Mesyuarat dimulakan pada jam 1 tengahari dengan kata aluan oleh Puan Karen George Abraham selaku Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt. 

Mesyuarat tersebut mengambil masa sekitar 2 jam dan di antara perkara dibincangkan adalah:


  • Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN tahun 2012.
  • Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan yang lepas.
  • Pembentangan Laporan Aktiviti lepas.
  • Pembubaran AJK PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2012/2013 dan Perlantikan AJK PERWAKILAN Frankfurt sesi 2013/2014
  • Aktiviti terdekat : Karnival Sukan Frankfurt-Berlin 2013 dan Majlis Perpisahan Puan Fadillah Hashim, Setiausaha Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Awam. 
  • Lain lain perkara.

Nota:
Laporan terperinci mengenai mesyuarat ini boleh diperolehi daripada Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2013/2014. 




. 



Thursday, 18 April 2013

Majlis Perpisahan Keluarga En. Mohd. Salleh Abdullah

Semalam, Isnin 15hb. April 2013, En. Mohd Salleh bin Abdullah dan keluarga telah diraikan di dalam satu Majlis Makan Malam Perpisahan yang serba sederhana oleh keluarga besar konsulat Malaysia di Frankfurt. Bertempat di Dewan Tan Sri Ghazali Shafie di bangunan konsulat, majlis perpisahan tersebut juga dihadiri oleh pengganti beliau Puan Rohana Mohd. Yunus dan keluarga.

Friday, 18 January 2013

Pertemuan Mesra Pembuka Tahun


Semalam, Khamis 17 Januari 2013, PERWAKILAN Frankfurt berkumpul semula di bangunan Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Kali ini, PERWAKILAN Frankfurt memulakan tahun baru dengan meraikan dua ahli PERWAKILAN yang baru, iaitu Puan Maizan Ahmad (Pengarah Tourism) dan Puan Elmy Marina Mohamad Khamis (Konsul Muda MIDA) di dalam Majlis Makan Tengahari secara potluck.

Saturday, 12 January 2013

Selamat Jalan Semua..Sehingga Jumpa Lagi

Selamat Jalan.. Semoga Berjumpa Lagi.. itulah antara kata-kata terakhir kami PERWAKILAN Frankfurt untuk kedua-dua sahabat baik kami Puan Sharifah Noraida Syed Ibrahim dan Puan Sarinah Ali. Kedua-duanya daripada Tourism Malaysia mengikuti suami masing-masing iaitu Tuan Syed Yahya Syed Othman dan Encik Wan Muhamad Sukri Wan Ibrahim bertugas di sini. 

Friday, 2 November 2012

Majlis Perpisahan Puan Nur Aainaa Farhana Che Awang

Semalam Khamis 1hb. November 2012, PERWAKILAN telah mengadakan majlis perpisahan untuk Puan Nur Aainaa Farhana Che Awang. Beliau yang dijangka pulang ke Malaysia minggu depan untuk memulakan kerjaya sebagai doktor pada hujung bulan ini telah menghabiskan cuti tanpa gaji selama setahun menemani suaminya bertugas di sini. Majlis yang diadakan pada 11 pagi tersebut diadakan di bangunan konsulat. Seperti kebiasaan juga, hidangan kali ini merupakan potluck terancang oleh PERWAKILAN.