Thursday, 1 August 2013

Majlis Perpisahan Encik Roswaidin Mohd Zain dan keluarga

Pada 24hb Julai 2013, Perwakilan Frankfurt telah mengadakan majlis perpisahan bagi Encik Roswaidin Mohd Zain dan isterinya Puan Siti Roha Ibrahim sekeluarga di Dewan Tan Sri Ghazali Shafie di bangunan Konsulat, Frankfurt.

Encik Roswaidin akan pulang bertugas di ibu pejabat semula setelah bertugas di pejabat MIDA Frankfurt selama kira kira 4 tahun. Menu Majlis Makan Malam ini telah disediakan secara potluck terancang oleh ahli ahli PERWAKILAN. 
Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik John K Samuel dengan Encik Roswaidin Mohd Zain


Penyampaian Cenderahati oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham.





Perwakilan Frankfurt ingin merakamkan penghargaan kepada Puan Siti Roha Ibrahim atas bantuan dan sokongan beliau sebagai ahli Perwakilan di Frankfurt. 

Pohon selasih dalam kolam
Anak haruan berenang renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi puan jadi kenangan



Friday, 7 June 2013

Morning Coffee ~ Puan Siti Roha Ibrahim

Sesi Morning Coffee telah diadakan di kediaman Puan Roha Ibrahim di Kronberg pada 6hb Jun 2013. Majlis yang bermula jam 11 pagi kali ini agak istimewa kerana para tetamu telah berpeluang untuk mempelajari cara membuat Cream Cracker Layered Cake with Cream Cheese dari tetamu khas iaitu Encik Khairul Masnizam, suami kepada Puan Marleena Abdul Manaf (Timbalan Pengarah Tourism Malaysia di Frankfurt). 



 (gambar sumbangan Puan Siti Roha Ibrahim)


 (gambar sumbangan Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah) 


(gambar sumbangan Puan Siti Roha Ibrahim)


Menu pilihan tuan rumah kali ini termasuk nasi lemak dan nasi himpit sebagai juadah utama. Tuan rumah juga telah menyediakan pulut dakap, kek coklat dah buah-buahan sebagai pencuci mulut. Para tetamu yang hadir juga telah membawa kuih-muih, pastry dan buah-buahan sebagai pot luck. 

Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari itu. 




Wednesday, 29 May 2013

Majlis Perpisahan Puan Fadillah Hashim dan keluarga

PERWAKILAN telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Puan Fadillah Hashim (Setiausaha Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam di Frankfurt) dan keluarga pada 28 Mei 2013 bertempat di Dewan Makan Tun Ghazalie Shafie, Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt Am Main. Puan Fadillah Hashim pulang ke tanah air bagi meneruskan tugas di Ibu Pejabat. 




Ucapan oleh Encik Khairul Nizam Jamalus,  Konsul JPA 


Penyampaian Cenderahati oleh Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt, Puan Karen George Abraham.



 Diantara yang hadir.








Mari menjamu selera 

Kami ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Puan Fadillah Hashim di atas segala sumbangan yang telah beliau berikan sebagai ahli PERWAKILAN Frankfurt. All the best dan jumpa lagi di Malaysia.


31 Mei 2013



(gambar sumbangan Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah)


Ahli-ahli PERWAKILAN dan keluarga sempat mengucapkan selamat jalan kepada Puan Fadillah dan keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt.


Jasamu dikenang nama diberi
Buat merai teman bestari
Anda sahabat yang kami kasihi
Jasa anda amat dihargai



Monday, 20 May 2013

Piala ditangan Frankfurt!

Frankfurt muncul sebagai JUARA bagi kali keempat secara berturut-turut dalam Karnival Sukan Tahunan Berlin-Frankfurt 2013.  Karnival Tahunan telah berlangsung selama tiga hari bermula dari hari Jumaat (17hb Mei 2013) dan berakhir pada hari Ahad (19 Mei 2013). Frankfurt yang menjadi tuan rumah telah mengalahkan Berlin di dalam ketiga-tiga acara; Golf, Badminton dan Bowling. 

Hari Pertama : 17 Mei 2013

Delegasi Berlin yang diketuai oleh TYT Duta Malaysia ke Jerman, Dato' Ibrahim Abdullah tiba di kediaman Encik Zulkipli Endut di Hattersheim di mana jamuan makan malam serta acara telematch telah diadakan. 

















Hari Kedua: 18 Mei 2013

Hari ini bermula dengan acara Golf pada awal pagi. Acara ini telah berlangsung di Hofheim. 

Aktiviti seterusnya, iaitu Bowling, bermula pada lewat tengahari sekitar jam 3 petang di Brunswick Bowling Center, Eschersheim, Frankfurt. 


(gambar sumbangan Pn. Shamsidah Salahudin)


(gambar sumbangan Pn. Shamsidah Salahudin)


Pasukan dari Berlin 

Hari Ketiga : 19 Mei 2013

Hari ketiga dimulakan dengan acara Badminton di sebelah pagi. Acara ini mengambil tempat di Sport Fabrick di Frankfurt. 

(gambar sumbangan Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah) 

Karnival Tahunan Berlin-Frankfurt 2013 telah diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan makan petang di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Encik John K. Samuel di Frankfurt Am Main. 


(gambar sumbangan Pn. Marleena Manaf) 



(gambar sumbangan Puan Wan Nor Hasima Hj. Wan Abdullah) 


Jumpa lagi di tahun hadapan! 



Tuesday, 14 May 2013

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2013/2014

Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2013/2014 telah diadakan pada 13 haribulan Mei 2013 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Sebelum Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt bermula, ahli PERWAKILAN Frankfurt yang hadir telah menjamu selera dengan makanan tengahari yang dibawa secara potluck.

Sesi Mesyuarat dimulakan pada jam 1 tengahari dengan kata aluan oleh Puan Karen George Abraham selaku Pengerusi PERWAKILAN Frankfurt. 

Mesyuarat tersebut mengambil masa sekitar 2 jam dan di antara perkara dibincangkan adalah:


  • Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN tahun 2012.
  • Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan yang lepas.
  • Pembentangan Laporan Aktiviti lepas.
  • Pembubaran AJK PERWAKILAN Frankfurt Sesi 2012/2013 dan Perlantikan AJK PERWAKILAN Frankfurt sesi 2013/2014
  • Aktiviti terdekat : Karnival Sukan Frankfurt-Berlin 2013 dan Majlis Perpisahan Puan Fadillah Hashim, Setiausaha Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Awam. 
  • Lain lain perkara.

Nota:
Laporan terperinci mengenai mesyuarat ini boleh diperolehi daripada Minit Mesyuarat Agong PERWAKILAN Frankfurt 2013/2014.