Monday, 23 January 2017

Farewell Lunch buat Cik Rodziah Idris, Setiausaha Perwakilan

Cik Rodziah Idris (kanan) merangkap Setiausaha PERWAKILAN
 diraikan di dalam jamuan perpisahan Makan Tengahari bersama 
dengan Yang Berbahagia Pengerusi PERWAKILAN, Puan Adina Kamarudin
 dan ahli-ahli PERWAKILAN.


Hari ini, 23hb Januari 2017, farewell lunch gathering bersama ahli-ahli PERWAKILAN telah diadakan di Taverna Italiana Ristorante yang bertempat di Kelsterbach bagi meraikan Cik Rodziah Idris yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pembantu Setiausaha kepada Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt pada 10hb Februari 2017.

Cik Rodziah Idris juga merupakan Setiausaha PERWAKILAN Malaysia di Frankfurt selama tempoh (6) tahun. Beliau merupakan seorang ahli PERWAKILAN yang aktif di dalam aktiviti sosial dan kebajikan PERWAKILAN. Di kesempatan ini, PERWAKILAN ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Rodziah di atas jasa dan bakti yang beliau telah curahkan sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha PERWAKILAN. 












Nota:

Cik Rodziah Idris telah berkhidmat sebagai Pembantu Setiausaha kepada Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, di bawah Kementerian Luar Negeri pada 4hb Mac 2011 dan akan menamatkan perkhidmatannya di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt pada 10hb Februari 2017 bagi meneruskan tugas di Ibu Pejabat, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.

Latar belakang : Cik Rodziah Idris mula berkhidmat di bawah Kementerian Luar Negeri pada 10hb Julai 1997. Beliau juga pernah berkhidmat di Konsulat Malaysia Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Perth, Australia. 




Sunday, 8 January 2017

Majlis House Warming Encik Fadhli & Puan Yaumee sekeluarga


Hari ini 8hb Januari, 2017, Encik Nur Ahmad Fadhli Bin Mohd Naim berserta isteri tersayang Puan Yaumee Hayati Binti M. Nawi telah berbesar hati menjemput setiap ahli PERWAKILAN dan keluarga ke kediaman mereka di Prauheimer, Frankfurt bagi meraikan Majlis House Warming serta sambutan Hari Jadi anakanda bongsu beliau Zarith Afiq Bin Nur Ahmad Fadhli yang pertama. Majlis tersebut bermula pada pukul 2 petang.


Tuan Rumah Encik Fadhli & Puan Yaumee sekeluarga. 

Pelbagai juadah istimewa telah disediakan oleh tuan rumah seperti Nasi Dagang, Roti Jala, Beehoon Tomyam dan lain-lain. Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada Puan Yaumee sekeluarga di atas jemputan ini. Semoga kediaman baru yang didiami oleh Encik Fadhli dan Puan Yaumee sentiasa dilindungi oleh Ilahi dan berbahagia selalu bersama keluarga tercinta. Di kesempatan ini juga, PERWAKILAN ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi buat anakanda Afiq yang comel, Happy Birthday Baby Boy, you are one year old  :-)

PERWAKILAN turut meraikan sambutan hari kelahiran kedua ahli PERWAKILAN yang dikasihi Puan Ling Hashim dan Puan Sharida Ahmad Shahidan yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama pada 7hb Januari. Selamat Hari Jadi buat Puan Ling dan Puan Sharida, semoga dipermudahkan segala urusan,  dilimpahkan kasih sayang serta bahagia bersama keluarga. 

Terima Kasih PERWAKILAN ucapkan kepada Tuan Rumah kerana telah berbesar hati untuk meraikan Majlis Kejutan Birthday buat kedua ahli PERWAKILAN. Sekalung kasih sayang kepada Puan Dhamayanthy Singaram atau lebih dikenali dengan Puan Selvi yang telah menyediakan (2) buah kek harijadi kepada kedua ahli PERWAKILAN yang diraikan. Majlis House Warming Encik Fadhli & Puan Yaumee menjadi lebih meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin bersama keluarga tersayang.




Happy Birthday Afiq!









Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin 
 bersama ahli-ahli PERWAKILAN




Meraikan Sambutan Kejutan Birthday buat kedua ahli PERWAKILAN



Thank you very much Puan Selvi. 
We could not thank you enough for baking this delicious cakes and bought surprised gifts on behalf of PERWAKILAN members - L & S



This beautiful flower cake made and baked by our PERWAKILAN Chef AJK Masakan
Puan Ling, whom just celebrated her birthday together with Puan Sharida, our PERWAKILAN webmaster.



Sunday, 25 December 2016

Majlis Kesyukuran Encik Syarqawi Muhammad & Puan Ling Hashim


Encik Syarqawi bersama Isteri, Puan Ling sempena Majlis Kesyukuran mereka 
bertarikh 24hb Disember, 2016 dan sekaligus menyambut Hari Kelahiran birthday anakanda bongsu beliau Cik Sofea Mardhiah yang pertama. Happy Birthday baby Sofea, you are one year old :)


Sebuah Majlis Kesyukuran telah diadakan di kediaman Encik Syarqawi dan Puan Ling Hashim di kediaman beliau yang beralamat di Haeberlinstrasse, Frankfurt Am Main pada hari Sabtu yang lalu, 24hb Disember 2016.

Puan Ling Hashim yang juga lebih dikenali sebagai Chef AJK Masakan PERWAKILAN telah berbesar hati menjemput PERWAKILAN dan keluarga ke kediaman beliau untuk bersama-sama menyambut Majlis Kesyukuran beliau sekeluarga. Puan Ling Hashim telah menyediakan pelbagai juadah masakan yang enak dan lazat. Sekalung terima kasih PERWAKILAN ucapkan di atas kesudian menjemput setiap ahli PERWAKILAN dan keluarga. PERWAKILAN juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi buat anakanda comel Puan Ling dan Encik Syarqawi. Semoga Majlis Kesyukuran ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Ilahi. 

Encik Syarqawi telah menyusun atur agenda Majlis Kesyukuran beliau seperti berikut:-

0530-0600 petang : Ketibaan Jemputan

0615 petang : Solat Isyak dan Solat Hajat

0640 petang : Makan Malam

Majlis Kesyukuran Puan Ling dan Encik Syarqawi sekeluarga ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Puan Adina Kamarudin dan keluarga.















Friday, 23 December 2016

Morning Coffee di Kediaman Cik Rodziah Idris


Pada hari Isnin yang baru-baru ini, bertarikh 19hb Disember, 2016 Cik Rodziah Idris ataupun lebih dikenali dengan Kak Rod atau Kak G yang merupakan Setiausaha PERWAKILAN telah berbesar hati menjemput setiap ahli PERWAKILAN ke kediaman beliau yang beralamat di An Den Geiselwiesan, Frankfurt untuk jamuan Morning Coffee. Ini juga merupakan event social gathering Morning Coffee yang terakhir pada tahun 2016.

Cik Rodziah Idris telah menyediakan juadah Nasi Lemak yang enak di atas permintaan ahli-ahli PERWAKILAN berserta roti jala yang menjadi sebutan sehingga kini.

PERWAKILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rodziah di atas kesudian menjemput dan menjamu juadah yang lazat. PERWAKILAN juga mengambil kesempatan dan ruang yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi kesemua ahli PERWAKILAN dan keluarga. 

Semoga Tahun Baru 2017, PERWAKILAN dan keluarga akan lebih maju jaya, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. 



Cik Rodziah Idris, berdiri nombor dua dari kiri bersama 
Yang Berbahagia Konsul Jeneral Malaysia, Puan Adina Kamarudin 
serta ahli-ahli PERWAKILAN yang hadir memeriahkan Morning Coffee
 di kediaman Setiausaha PERWAKILAN.